Nuffnang

Jumaat, 14 September 2012

Shila Amzah - Google Blog Search

Shila Amzah - Google Blog Search


Tupai - Portal Hiburan Terkini: <b>Shila Amzah</b> mahu berehat dari twitter

Posted: 27 Aug 2012 10:37 PM PDT

Penyanyi yang pernah membintangi pertandingan "One In A Million" musim kedua, Shila Amzah mengakui mahu menumpukan perhatian kepada penghasilan karya yang lebih berkualiti. 

Selepas penghijrahannya untuk bertudung diambil baru-baru ini, Shila Amzah tampak begitu matang di dalam melakukan sesuatu perkara. 

"Saya ingin berehat seketika dan menumpukan perhatian kepada karya yang menjadi keutamaan kepada saya sekarang." 

Walaubagaimanapun, Shila lantas memberitahu bahawa bukan dia tidak menghargai peminat yang sentiasa aktif berinteraksi dengannya di Twitter, namun dia berharap agar peminat faham dengan permintaannya itu. 

Ujarnya lagi, dia amat menyanyangi peminat dan pengikutnya di Twitter dan memohon maaf jika ada yang berkecil hati. 

"Pada mereka yang agak sedih dengan penutupan akaun saya , saya mohon maaf sangat-sangat." "InshaAllah, jika semuanya sudah stabil, saya akan kembali aktif seperti biasa." 

Dalam pada itu, orang ramai amat terasa dengan kehilangan Shila Amzah di Twitter kerana sikapnya yang begitu menghargai peminat dan sentiasa rajin berinterkasi dan membalas komen para peminatnya menjadikan dia antara selebriti Malaysia yang mempunyai ramai pengikut di laman Twitter. 

Dia adalah seorang selebriti terkenal dan sudah pasti, perkara ini kadang-kala menimbulkan pelbagai spekulasi kepada para peminat khususnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan