Nuffnang

Rabu, 31 Oktober 2012

Eira Syazira - Google Blog Search

Eira Syazira - Google Blog Search


<b>Eira Syazira</b> Dah Tak Sabar Nak Jumpa Anak - Gua.com.my

Posted: 29 Oct 2012 09:05 AM PDT

"Masuk bulan ke tujuh kehamilan ini, saya rasa sudah tidak sabar-sabar hendak jumpa dengan baby. Kalau mula-mula dulu saya rasa takut dan berdebar-debar kerana bimbang dengan kesakitan yang bakal dialami. Tapi apabila tarikh bersalin semakin dekat, rasa takut itu semakin menghilang. Saya sudah bersedia untuk untuk bergelar ibu. Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan oleh Allah. Saya pun ada amalkan beberapa amalan tradisional seperti selusuh untuk permudahkan kelahiran nanti," ujar Eira yang ditemui baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, Eira juga berkongsi cerita tentang kenaikan berat badannya yang mencecah sehingga 70 kilogram daripada 45 kilogram. Jelas Eira, doktor sudah menasihatkannya supaya menurunkan berat badan kerana bimbang boleh menjejaskan proses bersalin nanti.

"Saya makan tidak banyak mana pun, tetapi berat badan saya naik dengan mendadak. Ada orang kata saya gemuk air. Tapi tak tahulah betul ke tidak. Dengan berat badan sekarang ini, saya memang cepat penat. Tidak boleh bergerak aktif macam dulu. Selain itu, saya juga sedang hadapi masalah sukar tidur di sebelah malam sebab baby sudah semakin besar. Jadi dia sangat aktif bergerak. Hendak ambil ubat tidur memang tidak boleh, jadi terpaksalah hadapi kerenah baby ini. Ini antara cabaran atau pahit-manis yang harus saya hadapi ketika hamil. Mujurlah saya tidak alami alahan yang teruk," ujar Eira lagi.

Ditanya sama ada akan bercuti lama atau tidak selepas bersalin nanti, isteri kepada pelakon Azad  Jazmin ini memberitahu dia masih tidak pasti dengan jadual lakonannya. Ini kerana sudah ada produksi yang membuat tawaran berlakon kepadanya.

"Cuti lama atau tidak, saya pun belum pasti lagi sebab sudah ada produksi yang buat tawaran. Mereka mahu saya berlakon sebaik sahaja saya habis berpantang. Tapi, tengoklah macamana nanti. Kalau saya mampu turunkan berat badan dengan masa yang singkat, mungkin saya akan terima tawaran itu. Kalau tidak, kenalah bercuti lama sedikit," ujar Eira yang dijangka bersalin pada penghujung tahun ini.

<b>Eira Syazira</b> Hamil Anak Kembar Ke? | OHBULAN!

Posted: 31 Oct 2012 05:15 PM PDT

Minggu lalu pihak OHBULAN! telah memaparkan beberapa foto artis mengandung dan menerusi paparan tersebut, ramai yang menyangka dramatis terkenal Eira Syazira bakal melahirkan anak kembar.

Bagi mendapatkan kepastian berhubung perkara tersebut, pihak OHBULAN! telah menghubungi Eira Syazira dan mendapatkan kenyataan daripadanya.

"Semua orang cakap perut Eira besar. Mungkin ikut baka belah Azad kot. Sebab mak mertua Eira ada cakap, masa dia mengandungkan Azad dulu perut dia pun besar. Lagipun baka belah ayah Azad memang ada keturunan Serani."

"Eira dah buat scan dan doktor tak cakap pun kandungan Eira kembar. Tapi tak tahulah kuasa Allah tiba-tiba dapat kembar pulak."

"Eira tak tahu jantina anak ni lelaki ke perempuan. Keluarga Eira pun tak nak tahu sebab mereka nak rasa 'surprise' sikit," ujar Eira sambil tergelak kecil.

Menurut Eira Syazira, sepanjang tempoh pantang dirinya akan berada disamping keluarga dan akan berehat sepenuhnya.

"Sekarang ni Eira hanya buat persediaan asas seperti beli lampin dan baju. Untuk baju baby Eira dan Azad banyak beli warna-warna selamat seperti biru dan putih."

"Mungkin dalam pantang nanti Eira akan duduk dengan mak Eira di Putrajaya dan mak mertua akan datang sana. Lepas habis tempoh pantang baru Eira akan balik rumah sendiri dan masa tu baru tentukan nak buat bilik baby macam mana."

Meskipun kini kandungan Eira sedang mencecah 7 bulan, dramatis ini masih lagi rajin menyediakan makanan untuk suaminya dan akui dia sendiri tidak gemar makan masakan luar.

"Rutin harian Eira masih lagi sama. Hari-hari Eira masak untuk suami Eira sebab lepas habis penggambaran dia akan balik rumah untuk makan. Eira pun tak suka makan kat luar. Sebab tu Eira suka masak sendiri."

"Bila dah sarat macam ni, mak mertua Eira rajin datang rumah dan kadang-kadang dia tolong masak. Macam baru ni dia ada datang dan baru je balik Pulau Pinang. Nanti dalam 7 atau 8 November dia akan datang lagi."

Melihat kandungan yang semakin membesar, timbul juga persoalan adakah kondisi pelakon ini berada dalam keadaan sihat dan segalanya berjalan dengan lancar?

Lantas pelakon ini menjawab, "Semuanya berada dalam keadaan baik. Walaupun tengah sarat Eira tidak mahu manjakan sangat diri ni."

"Orang tua-tua pun ada pesan tak elok banyak tidur dan kena selalu berjalan supaya senang nak beranak nanti. Jadi, Eira ikut nasihat tersebut," ujar Eira yang teruja dengan kandungan pertamanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan