Nuffnang

Rabu, 31 Oktober 2012

Fouziah Gous - Google Blog Search

Fouziah Gous - Google Blog Search


Saya Bukan Isteri Orang - <b>Fouziah Gous</b> - Gua.com.my

Posted: 30 Oct 2012 07:48 PM PDT

"Kahwin dalam bulan 12? Perkara itu tidak pernah wujud pun dalam pemikiran saya mahupun pihak keluarga. Saya pun tidak tahu bagaimana cerita ini boleh tersebar. Saya tidak mahu menunding jari kepada mana-mana pihak. Tetapi saya rasa cerita kahwin ini disensasikan oleh pihak media. Itu gosip yang tidak berasas.

Terus-terang saya katakan, kalau saya ingin berkahwin, saya tidak akan sembunyi daripada pengetahuan umum. Saya akan cakap sebab saya bukannya isteri orang, dan saya juga tidak menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki yang bergelar suami kepada wanita lain. Jadi, tidak ada sebab untuk saya kahwin senyap-senyap," ulas Fauziah berhubung gosip mendakwa dia akan berkahwin dengan seorang VIP pada Disember hadapan.

Dalam masa yang sama, bintang 'Dendam Sarakit' ini memberitahu walaupun dia sudah lali dengan gosip-gosip liar sebegitu, namun kesannya tetap terasa kerana ada di kalangan saudara-maranya yang terkejut dan bertanyakan perkara itu kepada ibunya.

"Benda tidak betul, saya saya tidak ambil kisah sangat. Tetapi, memang ada makcik-makcik saya yang terkejut apabila mereka dengar cerita ini. Mereka tanya mak saya dan mak saya pun dah jelaskan situasi sebenar. Senang cerita, kalau memang benar saya hendak berkahwin pada hujung tahun ini, sudah tentu saya sibuk buat persiapan. Ini tidak, saya sibuk dengan penggambaran sana-sini. Hendak rehat dan luangkan masa dengan keluarga pun saya tidak sempat. Harap-harap penjelasan ini menamatkan gosip kahwin ini. Saya memang sudah bersedia untuk berkahwin, tetapi belum sampai jodoh," tambah Fouziah lagi.

Bercerita tentang jadual kerjanya, Fauziah memberitahu sehingga tahun hadapan dia tidak putus-putus menerima tawaran berlakon. Jelasnya, ada di antara tawaran itu sudah diterima dan sebahagian lagi masih dalam pertimbangan.

"Saya tengah pertimbangkan beberapa buah skrip lagi. Bukan memilih, tetapi saya tidak mahu job itu bertindih dengan job lain. Saya seorang yang tidak suka buat dua tiga perkara dalam satu masa. Sebabnya, saya tidak mahu menimbulkan kesusahan pada orang lain dan dalam masa yang sama, saya tidak mahu menyusahkan diri sendiri sehingga perlu terkejar-kejar dari satu tempat ke tempat  yang lain. Untuk keselesaan, biarlah saya buat  satu demi satu," ujar Fauziah yang akan muncul dalam filem 'Hantu Bukit Cina' pada 2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan