Nuffnang

Khamis, 11 Oktober 2012

Liyana Jasmay - Google Blog Search

Liyana Jasmay - Google Blog Search


14 Foto Terbaru <b>Liyana Jasmay</b> Di Bandar New York. Ah, Tunang <b>...</b>

Posted: 09 Oct 2012 09:14 PM PDT

Mengintai sejenak laman Instagram penyanyi serta pelakon, Liyana Jasmay, 24 yang kelihatan happy-go-lucky menghabiskan masa lapang menjelajah lokasi-lokasi menarik di New York seperti Central Park, Statue Of Liberty, dan Avenue of the Americas.

Apatah lagi, jikalau kunjungan itu turut diserikan dengan kehadiran tunang pada akhir September lalu, pasti seronok, kan?

Pelantun lagu Cinta Bersatu ini difahamkan sedang sibuk menjalani kursus lakonan & pengarahan di New York Film Academy. Liyana Jasmay tidak keseorangan, dia turut ditemani oleh ibunya sepanjang 6 bulan pengajiannya di sana. Sebaik sahaja tamat pengajian pada bulan Januari tahun depan, dia akan melangsungkan majlis perkahwinan bersama Fathuddin Mazlan, seorang ahli perniagaan berusia 28 tahun.

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Antara bait-bait yang terkandung dalam lagu Cinta Bersatu ini sesuai mengambarkan modnya di sana. Semoga Liyana Jasmay sukses selalu ya!

Foto selepas ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan