Nuffnang

Khamis, 11 Oktober 2012

Zizan Razak - Google Blog Search

Zizan Razak - Google Blog Search


<b>Zizan Razak</b> Tak Sangka Lebih Hero Dari Aaron Aziz | buahmulut.com

Posted: 07 Oct 2012 07:55 PM PDT

Foto Oleh : SHAHZAN SHAFIE / EAST

Anugerah Blockbuster 2011 sudah melabuhkan tirainya dan perincian siapa pemenang bagi setiap kategori pun sudah diketahui pada malam kemuncak pada sabtu yang lalu.

Kategori untuk Anugerah Hero Terhebat memang dijangka menjadi perhatian dan persaingan sengit apabila nama-nama besar yang mempunyai peminat yang ramai seperti Aaron Aziz, Zizan Razak & juga Shaheizy Sam bersaing diantara satu lain.

Di dalam ramai yang menjangkakan Aaron Aziz sebagai pemenang sebaliknya yang berlaku apabila nama Zizan Razak yang diumum sebagai pemenang Hero Terhebat.

Zizan yang kami temui di majlis Anugerah Blockbuster menjelaskan yang dia sendiri agak terkejut dengan kemenanganya ini.

Ujarnya "Saya memang agak terkejut juga dengan keputusan malam ini apabila saya dinobatkan sebagai Hero Terhebat. Sebab sebelum ini ada yang cakap dah mesti Aaron yang menang atas sebab peminatnya memang ramai. Tapi bila nama saya yang disebut rasa nak menangis pun ada. Bagi saya ini semua rezeki dari Allah Swt dan juga hasil kerja yang ikhlas selama ini."

Tambah Zizan juga kemenanganya ini mungkin juga kerana tempias filem Hantu Kapchai yang mendapat sambutan baik dari penonton, apatah lagi ianya masih ditayangkan sehingga ke hari ini.

Random Posts

Tiada ulasan:

Catat Ulasan