Nuffnang

Jumaat, 2 November 2012

Akim - Google Blog Search

Akim - Google Blog Search


Tupai - Ada Hiburan, Ada Stail!: <b>Akim</b> Ahmad bukan homoseksual

Posted: 13 Oct 2012 02:45 PM PDT

Usianya hanya mencecah 21 tahun, namun Akim Ahmad yang sebelum ini dikenali melalui siri rancangan realiti Akademi Fantasia musim ke-7 berpotensi besar untuk pergi jauh dengan bakat nyanyian yang dimiliki. 

Dengan keluaran album sulungnya yang berjudul "Akim Ahmad", penyanyi yang berasal dari Pasir Gudang ini berharap untuk dikenali sebagai seorang penyanyi yang memiliki imej tersendiri dan bukan pelajar AF semata-mata. 

Mungkin orang hanya mengenali Akim sebagai seorang penyanyi, namun tidak ramai yang mengetahui perangai sebenar Akim. Boleh kongsi kepada kami apa yang mungkin orang lain tidak tahu? 

Sebenarnya, saya ni jenis yang susah nak berkawan. Untuk orang yang belum kenal saya, mereka akan berasakan yang saya ni sombong. Pada hakikatnya, saya sukar hendak mempercayai semua orang. Memang susah jika ada ramai kawan sebab banyak hati yang kita kena jaga. Nak masuk dengan semua orang tu boleh saja, tapi bukan mudah untuk orang yang ingin rapat dengan saya. 

Bagaimana Akim boleh terjebak dalam dunia muzik? 

Saya memang sudah lama menyukai muzik semenjak kecil lagi. Bapa saya pernah menyanyi untuk kumpulan muzik pada suatu masa dahulu dan pak cik saya juga merupakan pemain muzik untuk sebuah kugiran bernama Megah. Semasa saya menetap di Pasir Gudang dulu, saya gemar bermain motor. Impian untuk memasuki bidang nyanyian itu tidak pernah wujud dalam kepala saya. Tetapi, apabila Akademi Fantasia mengadakan sesi uji bakat, saya cuba nasib dan tanpa disangka, rezeki itu datang kepada saya. 

Apa yang mendorong Akim menghasilkan album pertama? 

Pada mulanya, tujuan saya hanyalah untuk melengkapkan profil saya sebagai penyanyi. Namun, apabila album sudah siap setelah setahun saya berpenat, saya mula sedar bahawa album ini bukan setakat pelengkap profil, tetapi ianya berperanan untuk mematangkan diri saya sebagai seorang penyanyi. 

Boleh Akim jelaskan genre yang terdapat dalam album "Akim Ahmad"?

Cinta. Kebanyakan lagu dalam album saya menggunakan muzik bernada lembut dan perlahan. Tetapi cinta yang terkandung dalam album bukan hanya merujuk kepada pasangan kekasih. Cinta itu luas. Saya berikan contoh lagu saya yang bertajuk "Kembali", yang mana ianya menceritakan tentang sepasang suami isteri yang sedang menghadapi kesukaran hidup. Jadi, si isteri meminta doa pada setiap hari agar kepayahan yang dihadapi mereka berdua boleh dipermudahkan. Itu cinta. Cinta juga boleh merujuk kepada Allah dan Rasulullah. Itulah seninya. Ada beberapa lagu saya yang mempunyai sedikit unsur keagamaan tetapi itu tidak bermaksud saya seorang pendakwah. Kalau boleh, biarlah si pendengar yang mencari maksud tersirat. Bagi saya, lagu ketuhanan tidak semestinya harus menggunakan muzik nasyid ataupun alat muzik yang tidak dibuat dari kulit binatang. Apa yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari saya sendiri. 

Kenapa pilih Stacy untuk duet bersama dalam lagu "Kembali"? 

Sebab suara beliau ada 'soul' dan sangat sesuai dengan lagu itu. Bagi saya, Stacy adalah salah seorang penyanyi terbaik selain dari Misha Omar. 

Ada memasang impian untuk berduet dengan Misha Omar pada suatu hari nanti? 

Mestilah ada, tapi saya rasa agak mustahil buat masa sekarang kerana saya masih baru lagi dalam industri ini. Album saya baru satu, tidak seperti Misha yang sudah lama bergelar penyanyi. Mungkin suatu hari nanti, manalah tahu. 

Apa perkembangan terbaru Akim? 

Buat masa ini, saya sedang cuba mempromosikan lagu "Daya Cinta". Lagu itu ditulis oleh Kunci Demak dan saya boleh katakan, lagu itu sangat menakjubkan. Memang saya 'feel' bila mendengar dan ketika saya buat rakaman, saya menangis sambil menyanyikannya kerana liriknya sangat menyayat hati. 

Selepas berlakon dalam "Hoore Hoore", Akim ada terlibat lagi dalam mana-mana filem lain? 

Saya rasa, filem "Hoore Hoore" itu adalah filem muzikal yang pertama dan terakhir saya berlakon. Selepas itu, saya terlibat dalam telefilem Raya yang bertajuk "2 Dalam 1" pada Hari Raya yang lepas. Antara pelakon lain yang terdapat dalam telefilem itu adalah Anzalna, Anas Ridzuan dan Arash Mohd. Walaupun seronok dapat berlakon, tapi buat masa ini saya ingin berikan lebih perhatian kepada muzik. 

Apa komen Akim terhadap spekulasi yang mengatakan penampilan Akim kelihatan seperti seorang gay?

Biasalah, sudah menjadi lumrah hidup untuk orang mengata. Saya tidak pedulikan itu semua kerana itu hal mereka. Kadang-kadang saya ada juga memakai kemeja berkolar V tetapi itu tidak bermaksud saya seorang gay. David Beckham pun berpakaian sebegitu tetapi adakah beliau seorang gay? Saya ada juga beberapa orang rakan yang gay tapi saya tidak pernah memandang itu semua kerana mereka pun manusia juga. Bagi sayalah kan, jika terdapat orang yang berikan komen seperti itu, saya akan beritahu diri saya satu perkara saja: Mereka suka saya (ketawa). 

Seronok apabila dapat bertukar pendapat dan juga cerita bersama Akim, semoga sukses untuk album ini!

Sama- sama dan semoga berjumpa lagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan