Nuffnang

Sabtu, 24 November 2012

Sazzy Falak - Google Blog Search

Sazzy Falak - Google Blog Search


OMG Satukan Kembali <b>Sazzy Falak</b> & Razif Hashim - Gua.com.my

Posted: 01 Nov 2012 10:55 AM PDT

Kali terakhir muncul bersama sekitar tahun 2006 sebagai pasangan kekasih dalam drama bersiri, Gol dan Gincu, pengacara Sazzy Falak dan Razif Hashim kini disatukan kembali dalam sebuah program bual bicara wanita, OMG di saluran Diva Universal.

"Pada mulanya kami sendiri tidak tahu yang kami akan digandingkan bersama. Bila mengacara bersama, kami tidak mempunyai masalah sebab kami sendiri dah lama berkawan. Tidak dinafikan, saya sendiri pernah keliru dan pelik kerana kadang-kadang termasuk sikit watak Sasha dan Haikal ketika kami mengacara," ujar Sazzy ketika ditemui pada majlis pelancaran OMG, baru-baru ini.

Menurut Razif pula, "Ini kali pertama saya mengacara bersama dengan Sazzy. Sudah lama kami tidak bekerja bersama dan bila digandingkan, kami dapat melalui banyak pengalaman yang menyeronokkan. Kami tidak berhenti ketawa sepanjang sesi rakaman dan memang seronok sangat dapat bergandingan dengan Sazzy. Apa yang menariknya lagi, kelebihan kami adalah kami berkawan, jadi kami boleh kongsi pelbagai perkara ketika mengacarakan program ini."

OMG merupakan siri jenama baru yang dihasilkan untuk memberi inspirasi serta informasi kepada wanita masa kini. Program ini mengupas topik yang menarik melibatkan kerjaya, keluarga, persahabatan, perhubungan dan banyak lagi. Program 13 episod ini akan turut memperkenalkan tiga segmen utama iaitu OMG Celebrity, OMG Miss Chilled dan Oh My Gaji.

Antara selebriti jemputan yang menghiasi program OMG ini ialah Lisa Surihani, Jaclyn Victor, Hannah Tan, Mizz Nina, Noh Hujan, Deborah Henry, Alex Yoong dan Zainal Alam Kadir. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan program OMG bermula 5 November 2012, setiap Isnin jam 7.30 malam hanya di Diva Universal (saluran 702).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan