Nuffnang

Khamis, 15 November 2012

Vanidah Imran - Google Blog Search

Vanidah Imran - Google Blog Search


Isu Lafaz Cerai Rashidi Ishak Kepada <b>Vanidah Imran</b> Filem Untuk 3 <b>...</b>

Posted: 23 Sep 2012 08:29 PM PDT

Kepada dalam Filem Untuk 3 Hari

Pasangan pelakon Rashidi Ishak dan Vanidah Imran digesa segera merujuk kepada Jabatan Agama Islam berikutan lafaz cerai yang diungkapkan Rashidi terhadap Vanidah dalam filem Untuk Tiga Hari.

http://www.budiey.com/isu-lafaz-cerai-rashidi-ishak-kepada-vanidah-imran-filem-untuk-3-hari/

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, lafaz cerai yang diungkapkan oleh Rashidi sewaktu melakonkan watak Zafrin dalam filem itu menyebabkan perkahwinan sejak 1 Oktober 2000 antara beliau dan Vanidah tidak sah di sisi agama.

"Ia umpama menjadikan sesebuah perkahwinan itu sebuah permainan seperti kahwin muta'ah. Justeru saya menasihatkan kedua-dua mereka merujuk kepada jabatan agama Islam dengan segera.

"Umat Islam tidak harus mempermainkan hukum hakam agama meskipun dalam soal lakonan. Jangan menggambarkan seolah-olah pernikahan itu satu permainan," katanya.

Beliau mengulas dialog yang diungkapkan Rashidi kepada Vanidah dalam satu babak pada filem arahan itu yang menyebut: Kita kahwin untuk tiga hari, Affin akan pegang pada janji Affin, hari kedua mesti kena bersanding, lepas itu selepas selesai majlis perkahwinan, hari ketiga kita minta cerai."

Jelas Harussani, Islam tidak mengajar penganutnya untuk mempermainkan kesucian sesebuah perkahwinan sebaliknya berusaha memastikan perkahwinan itu berkekalan dan bahagia sepanjang kehidupan mereka.

Apa komen pelakon Vanidah Imran tentang isu ini?

Vanidah yang dihubungi di sini Isnin berkata, dia dan suaminya telah meneliti skrip filem arahan Afdlin Shauki itu sebelum menerima tawaran membintangi karya berkenaan.

"Saya tidak faham bahagian mana dalam filem itu yang megatakan Rashidi ada melafazkan cerai terhadap saya? Sebagai pelakon kami sangat berhati-hati dengan perkara sebegini dan tidak akan menerima sebarang watak yang menggambarkan sifat negatif suami isteri."

Vanidah mengulas nasihat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria seperti dilaporkan sebuah akhbar pada Isnin yang menggesa dia dan Rashidi memaklumkan kepada Jabatan Agama Islam berikutan lafaz cerai yang diungkapkan dalam filem tersebut.

Dalam pada itu, Vanidah menegaskan dia tidak akan ke pejabat agama seperti mana dinasihatkan oleh Harussani kerana yakin tidak berlaku penceraian seperti yang didakwa.

Vanidah memberitahu, sebagai seorang Islam dia sedar mengenai soal agama serta hukum dan tidak akan cepat melatah dengan isu yang digembar-gemburkan.

"Saya tidak nampak sebarang sebab mengapa saya dan Rashidi perlu ke pejabat agama untuk merujuk status kami sebagai suami isteri kerana lafaz cerai tidak pernah berlaku," tegasnya.

Bagaimanapun Vanidah berkata, dia menerima nasihat daripada Harussani sebagai seorang ahli agama namun menganggap ulasan itu hanya dibuat berdasarkan kepada pandangan pihak ketiga tanpa menonton filem berkenaan.

"Saya berpendapat beliau tidak menonton filem itu tetapi hanya mendengar ulasan daripada pihak lain. Jika benar telahan saya itu, adalah tidak wajar pihak ketiga mahu mengheret seorang mufti memberi ulasan tanpa beliau melihat sendiri adegan yang saya dan suami lakonkan," katanya.

Vanidah berkata, sepanjang 12 tahun perkahwinan, mereka sentiasa memastikan keharmonian rumah tangga dan menjaga aib masing-masing.

"Bergelar pasangan selebriti menyebabkan ramai mata yang sentiasa memandang kami tetapi Alhamdulilah setakat ini kami bebas dari sebarang cerita-cerita yang tidak elok," katanya.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Tags: , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Anak Vanidah Imran dan Rashidi Ishak
  • Gambar Vanida Imran di Majlis Tajaan Rafflesia FFM23
  • Drama 8 Bulan
  • Muzik Video Lagu Filem Untuk 3 Hari Dimanapun Engkau Berada
  • Juara Sehati Berdansa Vanidah Imran & Rashidi Ishak
  • Gambar Terkini Vanidah Imran di Prebiu Filem Lu Fikirlah Sendiri
  • Drama Ali Din Lakonan Fazren Rafi, Umie Nazira, Hans Isaac, Vanidah Imran
  • Filem Akhirat Sinopsis & Lakonan Vanidah Imran
  • Poster Teaser Final Filem Setem
  • Saki Baki Foto & Gambar Selebriti Anugerah Bintang Popular 2006
  • Tiada ulasan:

    Catat Ulasan