Nuffnang

Khamis, 13 Disember 2012

Nora Danish - Google Blog Search

Nora Danish - Google Blog Search


Anuar Zain Nafi Jatuh Cinta Dengan <b>Nora Danish</b> - Gua.com.my

Posted: 19 Nov 2012 08:37 AM PST

"Hubungan saya dengan Nora Danish hanya setakat hubungan kerja. Tidak melibatkan soal peribadi. Saya rasa lebih baik begitu kerana saya tidak suka campurkan urusan kerja dengan urusan peribadi. Jika saya campur-adukkan pasti sesuatu kerja itu tidak menjadi. Lagipun, ketika bersama dia, tidak terbit perasaan lain. Namun, saya tidak nafikan yang saya sangat meminati Nora Danish. Saya suka melihat dia.

Bagi saya, dia seorang pelakon yang hebat. Meremang bulu roma saya ketika berlakon dengan dia. Nora banyak membantu saya menghayati watak dengan baik. Saya kagumi bakat lakonan yang dimiliki Nora. Memang saya yang cadangkan Nora untuk berlakon dalam muzik video ini kerana karektornya amat tepat sebagai teman wanita dan isteri saya," jelas Anuar Zain mengulas tentang gandingannya bersama Nora Danish dalam muzik video terbarunya untuk lagu 'Ajari Aku'.

Dalam masa yang sama, penyanyi pujaan ramai ini juga mengakui Nora Danish mempunyai ciri-ciri wanita idamannya. Baginya Nora Danish seorang yang sangat feminin dan manja. Cuma buat masa ini dia tidak nampak hubungan kerja di antaranya mereka berdua boleh berubah kepada hubungan yang lebih serius atau hubungan cinta!

Bercerita lanjut tentang muzik terbarunya itu, Anuar memberitahu dia sangat berpuas hati dengan hasil arahan Ghaz Abu Bakar. Baginya, pengarah itu berjaya mempersembahkan sebuah muzik video yang diinginkan, sesuatu yang berbeza berbanding muzik –muzik videonya yang terdahulu.

"Saya senang bekerja dengan Ghaz memandangkan dia juga adalah kawan saya. Paling penting dia boleh menerima idea-idea yang ingin saya tampilkan dalam muzik video ini. Kami sama-sama berbincang untuk hasilkan yang terbaik. Selama tiga hari dua malam menjalani penggambaran, saya melalui pengalaman yang menyeronokkan. Lebih bermakna, saya juga mendapat kerjasama daripada Datuk Rahim Razali untuk sama-sama berlakon. Dia adalah seorang pelakon yang cukup saya kagumi," ulas Anuar Zain ketika ditemui pada majlis pelancaran muzik video ini di White Box, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Ghaz Abu Bakar memberitahu dia sangat teruja apabila diberitahu Anuar Zain akan membintangi sendiri muzik video arahannya itu. Baginya tidak susah bekerjasama dengan penyanyi berusia 42 tahun itu kerana dia tahu apa yang diingini.

"Muzik video ini hasil gabungan idea saya dan juga Anuar Zain. Kami sama-sama berbincang untuk hasilkan yang terbaik. Bagi saya Anuar tidak cerewet, tetapi sebagai penyanyi kepada lagu itu, dia tahu apa yang diinginkan. Menariknya muzik video ini ialah, kisah yang dipaparkan dalam muzik video ini akan bersambung dalam muzik video lagu 'Sempurnakan Aku'. Kalau dalam muzik video 'Ajari Aku' ini kita dapat melihat Anuar Zain bersiap sedia untuk berkahwin dengan Nora Danish, untuk sambungannya pula kita boleh melihat bagaimana Anuar menjaga Nora Danish yang sudah berkerusi roda," ujar Ghaz.

Untuk menyaksikan muzik video 'Ajari Aku' melalui YouTube, sila layari http://www.youtube.com/user/anuarzainnetwork

Tiada ulasan:

Catat Ulasan