Nuffnang

Isnin, 10 Disember 2012

suki oiam - Google Blog Search

suki oiam - Google Blog Search


OSEMMM!!: <b>Suki</b> (<b>OIAM</b>) Bakal Berkahwin 12.12.12

Posted: 05 Dec 2012 05:56 PM PST


SEPERTI yang telah dijangka, tarikh 12 Disember 2012 pasti menjadi pilihan ramai pasangan di luar sana untuk mengakhiri musim percintaan mereka dengan ikatan perkahwinan. Tidak ketinggalan, juara One In A Million musim pertama Suki Low yang baru sahaja mengumumkan bahawa dia akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya, Jeremy Chong, seorang ahli perniagaan dan eksekutif muzik yang berasal dari Pulau Pinang.

Majlis perkahwinan serta resepsi pasangan ini akan berlangsung di Pulau Pinang di mana pasangan ini akan diraikan dalam satu majlis malam malam bertempat di atas kapal SuperStar Libra, Star Cruises. Difahamkan majlis resepsi ini ditaja sepenuhnya oleh Star Cruises. Selain itu, jenama barangan kemas, Poh Kong turut menaja perhiasan yang akan digayakan oleh Suki pada hari perkahwinannya itu. Perkahwinan itu bakal disaksikan oleh para tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga serta sahabat handai terdekat kedua mempelai.

Dalam satu kenyataan media, Suki memberitahu yang dia sangat gembira dan bersyukur kerana hari yang dinanti-nantikan akan tiba tak lama lagi.

"Saya rasa sangat bertuah kerana telah menemui cinta sejati dan saya bagaikan tidak percaya kami akan melangsungkan perkahwinan pada tarikh yang bakal diingati selamanya. Saya harap semua peminat dan rakan-rakan saya akan terus mendoakan kebahagiaan dan kejayaan kami berdua," ujar Suki.

Selepas Berkahwin, <b>Suki OIAM</b> Tak Mahu Anak - Mybloghub

Posted: 05 Dec 2012 12:20 AM PST

OH BULAN SAYS

Penyanyi yang terkenal menerusi lagu 'Terlalu Mencintaimu, ' Suki One In A Million (OIAM) dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya pada 12 Disember ini.

Sebuah majlis tertutup di sebelah pengantin lelaki bakal diadakan di Pulau Pinang dan konsep yang bakal dipilih adalah perkahwinan dalam taman serta diatas sebuah kapal Star Cruise…READ MORE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan