Nuffnang

Isnin, 11 Mac 2013

Fouziah Gous - Google Blog Search

Fouziah Gous - Google Blog Search


<b>Fouziah Gous</b> Masih Mencari Cinta | Jom Berita.Com

Posted: 17 Dec 2012 07:47 AM PST

Pelakon jelita, Fouziah Ghous menafikan bahawa dia sudah berkahwin dengan seorang lelaki yang berstatus VIP.Fouziah yang ditemui baru-baru itu ternyata cukup terkejut dengan dakwaan tersebut dan merasakan gosip itu hanyalah rekaan semata-mata dan tidak benar.

"Saya tidak tahu mana datangnya cerita ini. Saya yang tuan punya badan ni dengar pun terkejut apatah lagi pihak lain. "Pada saya biasalah, ini semua gosip murahan yang mahu menjatuhkan saya. Ada saja cerita kurang enak berlegar mungkin sebab saya jarang ada kontroversi lain dan disebabkan itu mereka buat cerita sebegini."

Jelas pelakon yang berusia 30 tahun ini memberitahu dia sebolehnya mahu pihak berkenaan agar menghentikan perkara ini kerana ianya tidak benar.

"Apa salahnya sebelum membuat spekulasi tanya empunya badan untuk mendapat kepastian. Ianya lebih baik bukan." Walaubagaimanapun, Fouziah tidak menafikan dia kini sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga namun masih mencari calon yang sesuai.

"Sebenarnya saya memang merancang untuk berkawin dalam masa yang terdekat ini namun calonnya masih belum ada, sedang mencari. Saya pula bukan jenis yang mudah jatuh cinta mungkin disebabkan itu jodoh susah sampai." Ujar Fouziah yang ditemui di lokasi penggambaran "Sunti@Facebook" baru-baru ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan