Nuffnang

Isnin, 11 Mac 2013

rosyam nor - Google Blog Search

rosyam nor - Google Blog Search


PENJELASAN <b>ROSYAM NOR</b> MENGENAI MEMILIKI KERETA <b>...</b>

Posted: 18 Feb 2013 09:36 PM PST



Pelakon, penerbit drama dan pemilik SUHAN Movies, Rosyam Nor menafikan gosip liar yang tersebar di internet berkaitan pembelian sebuah kereta mewah, McLaren MP4-12C yang dianggarkan bernilai RM 3.6 juta semalam.
Sebenarnya, kereta yang dibina dengan menggunakan teknologi Formula 1 itu dipinjam daripada seorang rakan untuk sesi penggambaraan sebuah drama yang bakal ditayangkan di stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak lama lagi.
"Sumpah kereta itu bukan milik saya. Ia berharga lebih RM3 juta, mana mungkin saya mampu membelinya," tegas pelakon filem Castello itu.
"Saya bersyukur atas segala rezeki yang telah dikurniakan kepada saya melalui pengiktirafan serta kejayaan yang diperoleh melalui Suhan Movies, namun belum tiba masanya untuk saya memiliki kereta tersebut.
"Bagaimanapun, ingin saya tegaskan di sini bahawa segala kejayaan yang saya peroleh melalui syarikat penerbitan itu adalah hasil daripada kerjasama pelbagai pihak termasuk para pelakon dan pengarah yang telah banyak memberikan sumbangan serta idea dalam usaha kami menerbitkan drama-drama tempatan," katanya.










Best regards,

LIKE , TWEET dan COMMENT daripada anda amatlah Ahmad hargai . Tq :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan