Nuffnang

Rabu, 27 Mac 2013

Jehan Miskin - Google Blog Search

Jehan Miskin - Google Blog Search


<b>Jehan Miskin</b> Merajuk Dengan Dunia Hiburan? | MyNewsHub

Posted: 12 Mar 2013 01:02 AM PDT


PETALING JAYA – Pelakon Jehan Miskin menyangkal dakwaan kononnya dia merajuk dengan dunia lakonan sehingga membuatkan dia menolak beberapa tawaran yang diberikan kepadanya.

Jehan sebaliknya berkata, keputusan menolak tawaran lakonan adalah disebabkan dia mahu memberi tumpuan kepada kerjaya barunya iaitu seorang penerbit dan pengarah.

"Benar sudah tiga bulan saya tidak menerima sebarang tawaran berlakon daripada mana-mana produksi kerana terlalu sibuk dengan pelbagai tugas sebagai pengarah dan penerbit.

"Merajuk itu tidak benar sama sekali kerana tiada sebab untuk saya berbuat demikian," jelasnya kepada mStar Online.

Jehan memberitahu dia bakal mengarahkan drama rantaian untuk 8TV berjudul What Ifsebanyak 13 episod selain sibuk dengan kerja-kerja pengarahan iklan komersial untuk syarikat korporat.

"Ramai tidak menyedari saya sudah tiga tahun bergiat aktif dalam penghasilan iklan komersial dan dokumentari untuk siaran televisyen," katanya.

Dalam pada itu, Jehan berkata, dia akan kembali berlakon apabila tiba masa yang sesuai kerana buat masa ini ingin memberikan tumpuan sepenuhnya dalam bidang pengarahan.

Katanya, dia perlu melakukan sesuatu bagi meluaskan kerjaya seninya dan tidak boleh terus berada pada tahap lama demi masa depan.

"Saya perlu membawa karier saya ke tahap yang lebih baik dan tidak hanya tertumpu kepada sesuatu perkara sahaja dan untuk mengejar cita-cita itu saya perlu melupakan dunia lakonan seketika.

"Tetapi itu tidak bermakna saya sudah tidak mahu berlakon kerana lakonan masih menjadi minat utama saya," ujarnya.

Sementara itu, Jehan mengakui peminatnya ada mengajukan pertanyaan menerusi Twitter dan Facebook tentang ketiadaannya di televisyen sejak kebelakangan ini.

"Saya terharu dengan kebimbangan mereka terhadap saya dan pada masa sama saya rasa dihargai kerana peminat sentiasa bertanyakan tentang perkembangan terbaru dan mengingati saya," jelasnya.- mStar Online

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

<b>Jehan Miskin</b> Bertunang, Kahwin Tahun Ini? | MyNewsHub

Posted: 24 Feb 2013 10:46 PM PST


KUALA LUMPUR – "Ya, tahun ni ada berita baik. Insyallah ada berita baik! Tapi saya tak boleh cakap lebih sekarang. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan," kata pelakon, Jehan Miskin apabila ditanya adakah dia akan menamatkan zaman solo pada tahun ini.

Memetik laporan Malaysiandigest, hari ini, Jehan, 34, dengan spontan memberi reaksi sebegitu malah dia meminta peminatnya mendoakan yang baik-baik untuk dirinya.

Mengenai perkembangan terkini, Jehan memberitahu dia sibuk dengan projek-projek komersial dan video koporat terbitan syarikat produksi miliknya, Mastermind Group.

Namun, itu tidak bererti yang dia sudah tidak aktif dalam bidang lakonan, cuma buat masa ini dia harus menumpukan perhatian lebih kepada pengarahan drama dan penerbitan program.

"Saya masih ada tawaran berlakon, tapi banyak yang saya terpaksa tolak. Kalau nak berlakon pun saya kena tengok juga pada masa saya.

"Kalau memerlukan saya beberapa hari di lokasi tak mengapa tapi jika sampai tiga bulan penggambaran, itu saya terpaksa tolak," jelasnya.

Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

<b>Jehan Miskin</b> Bertunang, Kahwin Tahun Ini? - mediaprimatv galeri

Posted: 24 Feb 2013 10:22 AM PST


Ini bukan cerita yang sengaja di ada-adakan. Bukan juga spekulasi sebarang. Bagi para peminat pelakon dan pengacara yang kini semakin aktif mengarah, Jehan Miskin, kalau anda menantikan berita bilakah selebriti kesayangan anda ini akan menamatkan zaman bujangnya, hasrat itu mungkin akan terealisasi tidak lama lagi.
Bertemu jejaka berusia 34 tahun ini baru-baru ini, dalam kesempatan berborak ringkas bersamanya, aktor ini sempat diusik dengan pertanyaan bila lagi nak tamatkan zaman solo. Spontan pelakon yang pernah membintngi filem Qaisy & Laila ini menjawab,

"Ya, tahun ni ada berita baik. InsyaAllah ada berita baik! Tapi saya tak boleh cakap lebih sekarang. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Doakan yang baik-baik untuk saya", ujarnya ambil tersenyum.

Jehan ditemui pada majlis sambutan Ulangtahun Hari Pengasas Berjaya Kali ke-3 bertempat di pusat membeli belah Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Mengenai perkembangan terkini, Jehan memberitahu dia sibuk dengan projek-projek komersial dan video koporat terbitan syarikat produksi miliknya, Mastermind Group.

Namun katanya bukan beerti dia sudah tidak aktif di lapangan lakonan, cuma buat masa ini tumpuannya lebih kepada pengarahan drama atau penerbitan program.

"Saya masih ada tawaran berlakon, tapi banyak yang saya terpaksa tolak. Kalau nak berlakon pun saya kena tengok juga pada masa saya. Kalau memerlukan saya beberapa hari di lokasi tak mengapa tapi jika sampai tiga bulan penggambaran, itu saya terpaksa tolak.

"Sebab buat masa ni saya banyak hasilkan video-video komersial dan koporat. Alhamdulillah rezeki saya ke arah itu sekarang (mengarah). Saya juga akan mula mengarahkan drama bersiri 13 episod berjudul What If untuk siaran di 8TV. Ia sebuah drama suspen-thriller.

"Macam hari ini, kehadiran saya hadir sebagai sokongan saya kepada Robin dan ayahnya, Tan Sri Vincent Tan. Mereka kawan saya dan kami dah kenal sejak beberapa tahun lalu. Saya ada hasilkan satu video animasi dan dua filem pendek untuk ditayangkan pada acara hari ini", katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan