Nuffnang

Rabu, 27 Mac 2013

Que Haidar - Google Blog Search

Que Haidar - Google Blog Search


&#39;Saya Memang Demand&#39; – <b>Que Haidar</b> | MyNewsHub

Posted: 22 Feb 2013 09:39 PM PST


Setelah agak sekian lama tidak melibatkan diri di dalam bidang lakonan, Que Haidar baru-baru ini muncul di dalam filem arahan Mamat Khalid yang berjudul Rock oo!

Menerusi Rotikaya.com, Que memberitahu dia semakin demand dan sangat memilih untuk menjayakan sebuah filem.

"Ya, saya memang demand dan sangat-sangat memilih untuk berlakon.

"Bukan tidak ada tawaran lakonan tetapi kebanyakkannya saya tolak kerana tidak menepati kehendak saya," jelasnya.

Menurutnya, dia tak kisah jika dilabel begitu kerana bagi dirinya lakonan bukan lagi menjadi fokus utama.

Ini kerana, Que Haidar kini lebih sibuk mengajar lakonan dan membuat bengkel di negeri luar seperti di Johor Baharu.

Malah, dia turut terlibat dengan menjadi membantu kepada perniagaan isteri, Linda Jasmine yang memiliki studio tarian.

Que turut memberitahu, kini dia hanya mahu berlakon di bawah arahan pengarah seperti Din Said, U-Wei dan juga Mamat Khalid kerana karya dan kreativiti mereka yang pasti lain daripada pembikin filem yang ada di Malaysia.

Filem aksi komedi Rock oo! lakonan Que Haidar bersama Khir Rahman, Shoffi Jikan dan ramai lagi bakal menemui penonton pada 28 Februari ini.

Sama-sama kita saksikannya!

Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan