Nuffnang

Jumaat, 5 April 2013

Fahrin Ahmad - Google Blog Search

Fahrin Ahmad - Google Blog Search


Sedar Semakin Tua, <b>Fahrin Ahmad</b> Mula Fikir Akan Jodoh - RotiKaya

Posted: 01 Apr 2013 08:48 AM PDT

Jika kena pada gayanya, tahun 2013 boleh menjadi tahun paling awesome buat Fahrin Ahmad selepas beliau terpilih untuk menerajui filem arahan Osman Ali berjudul Pilot Cafe.

Filem arahan Osman Ali sebelum ini terbukti melonjakkan nama pelakon yang terlibat selepas kejayaan Ombak Rindu mengutip lebih RM10 juta di'pawagam — mungkin kali ini giliran Fahrin Ahmad.

Itu cerita karier beliau & ramai peminat sebenarnya ingin tahu bilakah Fahrin Ahmad akan menamatkan zaman bujang selepas beberapa kali gagal dalam percintaan sebelum ini.

"Saya tidak mempunyai masa untuk memikirkan soal cinta, apatah lagi merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat seperti yang didakwa sebelum ini"

"Akan tetapi, dengan keadaan ibu yang begitu dan menyedari diri ini sudah tua, sudah sampai waktunya untuk lebih fokus memikirkan hal ini pada tahun hadapan, 2014″ ujar beliau apabila di'tanya soal jodoh.

Turut mengakui yang beliau belum memiliki calon isteri, Fahrin Ahmad meletakkan syarat yang bakal isterinya mestilah seorang yang memahami karier beliau sebagai seorang pelakon & juga selebriti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan