Nuffnang

Selasa, 2 April 2013

Iqram Dinzly - Google Blog Search

Iqram Dinzly - Google Blog Search


Qi Razali Tidak Caras <b>Iqram Dinzly</b> Untuk JJCM |

Posted: 18 Mar 2013 11:31 PM PDT


Pada pendapat kami, iqram Dinzly mengacarakan program Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) dengan baik sekali, sampaikan teruja juga diri ini untuk mencuba makan di gerai atau restoran yang diketengahkan dalam rancangan kendalian beliau itu.

Namun pihak TV3 mungkin mempunyai perancangan lain kerana khabarnya kontrak Iqram tidak disambung untuk musim baru, sebaliknya bekas pengacara JJCM iaitu Qi Razali dikatakan telah ditawarkan kontrak sebagai pengacara JJCM musim terbaru.

Namun menurut Qi kepada mStar Online, dirinya langsung tidak ada niat untuk mencantas kedudukan sebagai pengacara JJCM dari Iqram.

Sejujurnya saya sendiri terkejut apabila diberitahu Iqram tidak akan muncul dalam musim terbaharu program itu namun saya tidak pasti apakah sebab-sebabnya.

Tawaran yang datang bukan kerana saya berjumpa dengan pihak produksi dan merayu agar mereka menerima saya kembali.

Saya terima kerana mahu kembali aktif dalam bidang pengacaraan yang telah saya tinggalkan hampir dua tahun lalu kerana memberi tumpuan kepada bidang lakonan.

Qi juga mengakui yang dia mengharapkan hubungannya dengan Iqram akan kekal akrab seperti sebelum ini.

Sebelum ini ada media melaporkan yang Iqram tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan menganggap pihak penerbit memandang sebelah mata pengorbanannya untuk program JJCM.

Hmm, mungkin anda juga ada pilihan sendiri siapakah yang paling best sebagai pengacara JJCM? Nyatakan pendapat anda di ruangan komen.

***

Bazar Seni Industri Budaya Kebangsaan kembali lagi untuk tahun 2013 ini mulai 23 dan 24 Mac ini di perkarangan Panggung Bandaraya, Jalan Raja, Kuala Lumpur. Pelbagai pertandingan menarik dan juga hadiah istimewa disediakan untuk para pengunjung.

Ada pertandingan tarian breakdance, gerai-gerai jualan barangan seni dan budaya, persembahan pentas, demonstrasi silat dan macam-macam lagi. Jom datang ramai-ramai!

Baca Yang Ini Pulak:-


Qi Razali Kembali Mengacarakan JJCM, <b>Iqram Dinzly</b> Merajuk |

Posted: 05 Mar 2013 07:47 PM PST


Wajar juga untuk Iqram Dinzly merajuk dengan produksi Jalan Jalan Cari Makan (JJCM). Mana taknya, selepas berjaya mengembalikan kepercayaan penonton yang kecewa dengan pengacara JJCM sebelum ini, Iqram Dinzly kini akan digantikan oleh Qi Razali untuk musim baru JJCM.

iqram dinzly

Penukaran pengacara ini dikatakan atas kehendak kehendak penaja dan konsep pengacara berlakon. Abang Nara tak faham sangat apa yang perlu dilakonkan dalam JJCM. Mungkin pihak produksi ada nak buat sesuatu yang lain kali ini. Kata Iqram Dinzly kepada laman web ABPBH:-

Saya terasa dengan keputusan itu dan saya memang merajuk dengan mereka. Saya sanggup menolak tawaran berlakon kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada program terbabit. Tiba-tiba, lagi dua episod sebelum musim itu berakhir, saya diberitahu tidak lagi akan mengendalikan program itu. Ada juga saya bertanya pada mereka kenapa khidmat saya ditamatkan? Kalau nak kata saya gagal mengendalikannya, saya banyak mendapat maklum balas positif daripada penonton, peminat dan golongan VIP. Bagaimanapun alasan diberikan, pemilihan Qi dibuat atas dasar kehendak penaja dan konsep kali ini memerlukan pengacara berlakon. Jika itu alasan mereka, saya terima saja.

iqram dinzly

Tak apalah Iqram. Tak ada rezeki di JJCM mungkin ada rezeki yang lebih baik di tempat lain. Apa pun peminat Qi terutamanya pasti gembira dengan berita ini. Kepada Qi, selamat kembali. Kepada Iqram, bersabarlah atas dugaan ini.

P.S: Sebab mengapa polis yang ditugaskan di Lahad Datu

Baca Yang Ini Pulak:-


<b>Iqram Dinzly</b> Merajuk

Posted: 06 Mar 2013 10:22 PM PST

Kasihan pula melihat Iqram Dinzly yang dikatakan merajuk akibat dek ditukarkan tempatnya sebagai pengacara melalui program Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) kepada Qi Razali.

Namun bukanlah Qi yang mahu merampas kerjaya Iqram itu, namun itu semua adalah rancangan pihak penerbitan program tv itu yang inginkan Qi kembali bersama-sama JJCM

"Saya terasa dengan keputusan itu dan saya memang merajuk dengan mereka. Saya sanggup tolak tawaran berlakon kerana mahu tumpukan sepenuh perhatian kepada program terbabit"

"Tiba-tiba, lagi dua episod sebelum musim itu berakhir, saya diberitahu tidak lagi akan mengendalikan program itu,

"Ada juga saya bertanya pada mereka kenapa khidmat saya ditamatkan? Kalau nak kata saya gagal mengendalikannya, saya banyak mendapat maklum balas positif daripada penonton, peminat dan golongan VIP"

"Bagaimanapun alasan diberikan, pemilihan Qi dibuat atas dasar kehendak penaja & konsep kali ini memerlukan pengacara berlakon. Jika itu alasan mereka, saya terima saja," -Iqram

Tag: , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan