Nuffnang

Khamis, 1 Ogos 2013

Intan Ladyana - Google Blog Search

Intan Ladyana - Google Blog Search


<b>Intan Ladyana</b> Tukar Kerjaya? | - MiG Online

Posted: 22 Jul 2013 07:41 PM PDT

MiG Online tak sangka si cantik kacukan melayu-siam nie mempunyai impian yang tak ramai selebriti mampu lakukan. Nampaknya selepas lebih 7 tahun berkecimpung dalam dunia seni, akhirnya Intan Ladyana melangkah satu lagi tapak ke hadapan dengan menjadi seorang penerbit pulak. Woww…

Intan Ladyana bakal menerbitkan sebuah telefilem dan bakal menjalani penggambaran hujung bulan nie sebagai permulaan. Wahh… Ada plan nak buat filem pulak ke?

"Saya ada projek istimewa ketika bulan puasa nie yang terpaksa saya jalani penggambaran hujung bulan, kerana saya berharap ianya akan ditayangkan selepas Aidilfitri nanti,"

"Memandangkan nie projek pertama dan 'first baby' saya, saya sendiri akan berlakon dan ini pula projek kecil-kecilan. Ini merupakan projek kerjasama dengan rakan saya dan kami dah beberapa bulan merancang tentang projek nie,"

Sedang sibuk memenuhi pelbagai undangan untuk majlis bulan Ramadan dan rakaman raya, Intan Ladyana berkata memang Intan dah lama memasang keinginan untuk bergelar seorang penerbit tapi hanya merancang untuk berkongsi berita nie selepas segalanya berjalan dengan lancar.

MiG Online nak ucapkan tahniah kepada Intan Ladyana dan tak sabar nak tunggu baby sulung Intan Ladyana nie. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan