Nuffnang

Khamis, 1 Ogos 2013

Ning Baizura - Google Blog Search

Ning Baizura - Google Blog Search


<b>Ning Baizura</b> Rancang Konsert Solo Kedua September Ini

Posted: 24 Jul 2013 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my

KUALA LUMPUR, 24 JULAI 2013: Selepas berjaya mengdakan konsert solo sulungnya Ning@KL Live kira-kira dua tahun lalu, kini penyanyi popular Ning Baizura, 38, dijangka bakal muncul dalam konsert solo keduanya pada penghujung September depan.

Sekali lagi dibawakan oleh syarikatnya, Happenings (M) Sdn Bhd dengan kerjasama Universal Music Malaysia, konsert yang diberi nama Pelangi Untukmu itu bakal diadakan di TM Convention Centre Kuala Lumpur.

Bercakap kepada portal murai.com.my, Ning Baizura, 38 berkata sudah tiba masanya untuk dia mementaskan konsert solo keduanya setelah sekian lama berehat selepas melahirkan cahaya mata pertamanya Ryan Sky Dalton.

"Memang sudah menjadi hasrat saya untuk mengadakan konsert setiap tahun. Nampaknya selepas konsert Ning@KL Live dulu, baru sekarang saya bersedia untuk mengadakan konsert buat kesekian kalinya.

"Istimewanya konsert kali ini kerana tiket dijual pada harga sangat murah iaitu RM50 dan RM75. Saya percaya, dengan harga ini lebih ramai peminat akan berpeluang menonton konsert saya itu nanti," katanya.

Ning Baizura menambah, dia mensasarkan untuk menarik perhatian 2,000 hingga 3,000 peminat untuk menyaksikan konsertnya itu bersandarkan harga tiket yang murah dan juga ruang konsert yang lebih luas.

Tiket berharga RM30 iaitu kepada penonton yang berdiri di sekeliling pentas, manakala tiket berharga RM50 untuk tempat duduk luar dari kawasan pentas.

Katanya, dia sangat bertuah kerana kali ini pihak TM Convention Centre bermurah hati untuk menaja lokasi dan memberikan yang terbaik untuk penganjuran konsert berkenaan.

"Saya akan pastikan supaya tidak berlakunya sebarang kesilapan teknikal sebagai mana konsert saya sebelum ini.

"Untuk itu pihak saya (Happenings) akan bekerjasama dengan Universal Music dan TM bagi memastikan segala perancangan akan berjalan lancer. Semuanya akan dilaksanakan dengan lebih teliti," katanya yang bakal bertolak ke United Kingdom, esok untuk cuti musim panas bersama keluarganya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan