Nuffnang

Rabu, 25 September 2013

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


<b>Alyah</b> Ugut Mahu &#39;Gam&#39; Akhbar Utusan? - MyNewsHub

Posted: 07 Jul 2013 03:45 PM PDT


Baru-baru ini, penyanyi yang popular menerusi lagu Tak Mungkin Kerna Sayang, Alyah, khabarnya bengang dengan akhbar Utusan Malaysia gara-gara penyiaran sebuah artikel di akhbar tersebut yang berjudul Alyah Tunggu Pinangan Ramli MS. Disebabkan itu, pihak pengurusan penyanyi itu telah mengugut mahu men'gam' akhbar tersebut. Bererti Utusan tidak boleh lagi menulis cerita tentang penyanyi 'hebat' yang kini sudah tampil dengan imej berhijab itu.

Bagaimanapun akhbar tersebut menyatakan pihaknya merasa pelik kerana semasa Alyah memberi kenyataan, penyanyi itu tidak menafikan hubungan dengan pengarah muzik tersohor itu. Malah Alyah dikatakan membuat kenyataan, beliau senang sekali dengan hubungan itu dan sedia menunggu untuk dipinang. Alyah juga berkata, sejak ayahnya meninggal, tiada lelaki lain yang segarang ayahnya kecuali Ramli MS.

Apabila kenyataan itu disiarkan, pihak pengurusan Alyah 'mengamuk' dan mencerca media di laman sosial, kononnya media tersilap tulis.

Dalam laporan sama juga menyebut, pelbagai kata-kata tidak manis telah dikeluarkan oleh si pengurus, yang sekaligus telah memperlihatkan sisi sebenarnya siapa penyanyi itu sendiri.

Pihak Utusan menyatakan mereka berasa kelakar dengan tindakan Alyah. Iyalah, selepas buat kenyataan berani, dan kemudian tersiar atikel itu, Alyah menyalahkan media, kononnya dia tidak pernah menyebut langsung nama Ramli MS ketika ditemubual.

Menurut pihak akhbar itu lagi, mereka tidak kisah jika Alyah tidak mahu dihampiri oleh akhbar itu lagi. Bahkan Utusan menghormati keputusan penyanyi itu. Akhbar itu menyatakan, tindakan Alyah itu dianggap tidak elok kerana kalau benar beliau tidak berpuas hati dengan akhbar berkenaan, tak perlu lah pengurusan artis itu mengugut-ugut kerana takut-takut termakan diri penyanyi itu sendiri. – Malaysian Digest

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan