Nuffnang

Rabu, 25 September 2013

rosyam nor - Google Blog Search

rosyam nor - Google Blog Search


"Tailong Watak Paling Jahat" - <b>Rosyam Nor</b> - Gua.com.my

Posted: 10 Sep 2013 11:20 AM PDT

Aktor tersohor, Rosyam Nor menyatakan wataknya sebagai Tailong dalam filem terbaru terbitan Skop Productions dan Grand Brilliance, 'KL Gangster 2' merupakan watak paling jahat yang pernah dilakonkan.

"Watak Tailong dalam filem terbaru arahan Syamsul Yusof ini merupakan watak paling jahat pernah saya bawakan berbanding watak jahat sebelum ini di dalam filem 'Lenjan' dan 'Castelo'. Saya diberi peluang untuk memegang peranan yang kena dengan kredibiliti saya sebagai seorang pelakon yang telah lama terlibat dalam dunia seni. Saya harap filem ini dapat menarik peminat-peminat dari kalangan generasi baru," jelas Rosyam ketika ditemui di tayangan filem 'KL Gangster 2' di TGV One Utama, Damansara pada Isnin.

"Saya andaikan watak Tailong sebagai binatang reptilia. Saya harus ingat bahawa ini bukan sahaja lakonan, tetapi saya harus membuat penonton merasakan benci dengan watak yang saya bawa. Saya mahukan watak ini bukan sahaja jahat dari segi aksi, tetapi perlakuan, perbuatan dan segala-galanya," tutur hero filem 'Castello' ini.

Mengulas mengenai pengalamannya bekerja dengan pengarah muda seperti Syamsul, Rosyam menjelaskan yang dia merasakan pengalaman ini sebagai satu cabaran.

"Apabila saya kerja dengan pengarah muda, saya kena lihat apa yang Syamsul mahukan. Sebagai seorang pelakon, saya perlukan cabaran. Saya harus melihat kepada fizikal saya dan harus kekalkan untuk berlakon dalam filem aksi seperti ini. Saya kena pastikan fizikal saya dalam keadaan bagus untuk bekerja dengan pengarah muda. Saya buat semua babak aksi dalam filem ini, kecuali satu babak," cerita Rosyam lagi.

Rosyam juga menjelaskan yang dia takut dalam membawa peranan ini kerana dia merasakan tanggungjawab ini sebagai sebuah tanggungjawab yang besar. Memandangkan filem sebelum ini telah sukses dan barisan pelakon lain juga telah berjaya membawakan watak masing-masing, Rosyam cuba untuk melakukan kelainan dalam mewarnai watak ini.

Dalam pada masa yang sama, Rosyam menjelaskan yang dia rasa sangat kecewa dengan filem ini yang telah tiris di laman internet sebelum waktu tayangan.

"Saya kini kurang berlakon drama ataupun filem. Saya rasa sangat sedih. Saya ingin orang lihat aksi saya di layar perak. Saya sendiri pun belum melihat filem ini kerana saya mahu melihat filem ini bersama-sama dengan penonton di pawagam. Jadi, saya sangat kecewa dengan hal ini. Kini saya cuma berharap peminat dapat menonton dan menyokong filem ini apabila ditayangkan di pawagam kelak," ujar Rosyam mengakhiri perbualan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan