Nuffnang

Ahad, 13 Oktober 2013

Ning Baizura - Google Blog Search

Ning Baizura - Google Blog Search


<b>Ning Baizura</b> Belajar Daripada Kesilapan - Gua.com.my

Posted: 03 Oct 2013 05:30 PM PDT

Pelantun lagu 'Selagi Ada Cinta', Ning Baizura menjelaskan yang dia belajar daripada kesilapan lalu untuk penambahbaikan konsert solonya yang bakal menjelang iaitu 'Konsert Pelangi Untukmu'.

"Dua tahun lalu semasa saya adakan konsert di KL Live, saya tiada buah tangan untuk peminat, iaitu sesuatu yang baru yang saya boleh berikan kepada mereka. Kadang-kadang, peminat mahu lebih daripada konsert," tutur Ning ketika ditemui usai Majlis Ulangtahun Swiss Watch Gallery dan Pelancaran Wangian 'Ning' di Pavilion, Kuala Lumpur malam Khamis.

"Jadi kali ini, saya akan berusaha untuk menyiapkan album terbaru saya, berjudul 'Kekal Ning'. Rakaman bakal disiapkan sepenuhnya pada Rabu depan. Album ini akan memuatkan 10 lagu. Antara lagu yang terkandung adalah lagu lama, diberi susunan dan nafas baru," ujar ibu kepada Ryan Sky Dalton ini.

"Selain itu, tiga lagu baru juga dimuatkan. Dua daripadanya adalah ciptaan komposer Alvin Santiago dan satu lagi adalah lagu yang berjudul 'Bukan Wanita Sempurna' gubahan komposer Indonesia, Ade Govida. Lagu-lagu baru saya adalah lagu yang berunsurkan inspirasi kepada semua," dedah penyanyi lagu 'Curiga' ini.

Ning juga memberitahu, 'Konsert Pelangi Untukmu' akan terbahagi kepada tiga segmen.

"Konsert ini akan mesra dan dekat dengan penonton. Terbahagi kepada tiga segmen, segmen pertama akan menanmpilkan lagu-lagu menggambarkan perasaan saya sebelum menjadi seorang ibu. Segmen kedua pula, lagu-lagu berkaitan dengan saya dan anak saya, Ryan Sky Dalton. Segmen ketiga pula bakal membariskan lagu-lagu lama yang diberi nafas baru. Di akhir konsert, akan ada sesi bergambar bersama penonton dan peminat-peminat saya," ulas Ning lagi.

"Sejujurnya, konsert ini bukan untuk menjana keuntungan. Konsert ini merupakan dedikasi khas untuk peminat. Sebab itu harga tiket konsert ini kurang dari RM100. Tapi jangan risau, walaupun harga tiket berpatutan, kualiti konsert ini akan tetap saya jaga agar dapat menjadi sebuah persembahan berkualiti," kata Ning lagi.

'Konsert Pelangi Untukmu' akan berlangsung pada 16 November ini di TM Convention Center. Dapatkan tiket berharga RM75 dan RM50 melalui Tiket Charge Hotline: +603 9222 8811 atau layari www.ticketcharge.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan