Nuffnang

Rabu, 11 Disember 2013

Alif Satar - Google Blog Search

Alif Satar - Google Blog Search


(HIBURAN) “DEFINISI” kedewasaan <b>Alif Satar</b> | Galaksi Media

Posted: 22 Nov 2013 08:23 AM PST

IMG_2922gmo

Jika dahulu anak muda ini bersaing dengan peserta-peserta yang lebih berusia daripada beliau di dalam sebuah program realiti. Masih berumur 16 tahun ketika itu, beliau melangkah setanding dengan bakat-bakat lain seperti Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan Suki Low di dalam program terkenal ONE IN THE MILLION. Selepas berakhirnya program tersebut, pemilik nama komersial ALIF SATAR ini tidak menoleh ke belakang lagi. Dari bidang nyanyian ke bidang lakonan seterusnya gah di dalam bidang pengacaraan, Alif Satar mengorak langkah tanpa rasa segan silu di dalam industri ini. Penghasilan album pertama beliau berjudul NAKAL  dan album kedua LELAKI SEPERTI AKU di bawah label SONY MUSIC, kini Alif Satar tampil dengan paduan suara lebih dewasa menerusi album ketiga berjudul DEFINISI. Album ini membuktikan kedewasaan penyanyi  ini yang tidak lagi hanya menyanyikan lagu genre kanak-kanak malahan berkemampuan untuk mengalunkan lagu yang lebih dewasa dan sesuai dengan semua peringkat umur. Album DEFINISI ini mengandungi 8 buah lagu yang diberi sentuhan oleh penerbit dari Malaysia dan Indonesia. Sempena pelancaran album terbarunya itu, Alif turut mengadakan showcase bagi menyampaikan lagu-lagu yang terkandung dalam albumnya seperti 'Nona Jakarta', 'Gadis Tiga Bulan', dan 'Kerna Dia'. Untuk mengajak penonton turut sama menyanyi, Alif juga menyanyikan lagu-lagu popularnya seperti lagu 'Cukup Indah' dan 'Lelaki Seperti Aku'.

 1441271_10152361459831959_660045076_n

No.         Tajuk

1.            "Gadis Tiga Bulan"

2.            "Kerna Dia"

3.            "Kesempatan Kedua"

4.            "Nona Jakarta"

5.            "Akhiri Penantianku"

6.            "Bila"

7.            "Sliding Doors"

8.            "Setiap Hari"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan