Nuffnang

Rabu, 11 Disember 2013

Bunkface - Google Blog Search

Bunkface - Google Blog Search


Sam <b>Bunkface</b> Jelmaan Amy Search? | Portal Hiburan OHBULAN!

Posted: 20 Nov 2013 08:16 PM PST

Sam Bunkface Jelmaan Amy Search?

Anda dah dengar lagu baru nyanyian Amy Search dan Bunkface yang berjudul Rentak Laguku? Lagu tersebut seakan memberi impak baru di dalam industri hiburan tempatan kerana paduan suara antara dua penghibur dari generasi berbeza dikatakan cukup serasi.

Sejak lagu tersebut mula berkumandang di stesen-stesen radio, nama Sam kembali melonjak naik hingga ada yang mengatakan dia cuba mengikut jejak langkah idola rock negara itu.

Terbaru, muka hadapan majalah Glam Lelaki yang menampilkan Sam dan Amy Search untuk edisi istimewa Disember 2013 menonjolkan beberapa persamaan antara kedua-duanya.

Sam Bunkface Jelmaan Amy Search?

Selain daripada memiliki rupa paras yang hampir seiras, dua penyanyi ini juga bergaya dengan pakaian yang sama.

Dalam masa yang sama, majalah tersebut turut menyelitkan persoalan yang sering ditanya oleh para peminat iaitu, Sam Bunkface is the new Amy Search?

Apa pendapat anda? Adakah bakat dimiliki Sam melayakkannya untuk berdiri setanding dengan Amy Search yang telah lama mencipta legasi rock tersendiri dalam industri ini?

Apapun, jom tonton persembahan Amy dan Sam sewaktu majlis Anugerah Planet Muzik (APM) 2013 baru-baru ini. Semoga terhibur!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan