Nuffnang

Selasa, 10 Disember 2013

Izreen Azminda - Google Blog Search

Izreen Azminda - Google Blog Search


<b>Izreen Azminda</b> Anggap Kemenangan Rezeki Anak - Gua.com.my

Posted: 02 Dec 2013 05:15 PM PST

Pelakon Izreen Azminda mengakui terkejut dengan kemenangannya sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama, Anugerah Skrin 2013, baru-baru ini. Menurut Izreen, dia tidak pernah meletakkan harapan tinggi untuk menang apatah lagi dirinya bersaing dengan pelakon-pelakon senior seperti Khatijah Tan, Ruminah Sidek dan Liza Abdullah.

Izreen memenangi kategori tersebut menerusi drama 'Perempuan Itu Ibuku' bagaimanapun menganggap kemenangan tersebut sebagai rezeki anak dan hadiah atas usaha kerasnya selama ini.

"Saya memang tak sangka, malah tak terfikir langsung akan menang memandangkan calon-calon dalam kategori tersebut sangat sengit. Sewaktu nama saya diumumkan, saya tanya suami saya betul ke kerana saya memang tak meletakkan sebarang harapan sebelum ini.

Selama lapan tahun berada dalam industri, ini kali pertama saya dicalonkan dan menang. Alhamdulillah, ia merupakan satu bonus dan saya anggap ia sebagai rezeki anak. Terima kasih kepada semua kerana  membuka jalan kepada saya. Anugerah ini sangat besar kepada saya kerana saya memang betul-betul serius dalam bekerja," tutur Izreen teruja.

Bermula sebagai pelakon tambahan, Izreen mengakui terpaksa mengharungi pelbagai cabaran untuk berada pada tahap sekarang. Walaupun masyarakat hanya menyedari kehadirannya selepas lima tahun berada dalam industri, namun Izreen mengakui tidak sedih dan menganggap ia kelebihan buatnya kerana dapat belajar dari bawah. Disebabkan itu, dia tidak pernah terdetik untuk menaikkan harga walaupun sudah menerima trofi.

"Walaupun ada trofi di tangan, namun harga saya tetap sama. Saya tak berani nak letak harga mahal kerana takut tak bagi komitmen setanding dengan harga yang diberikan. Harga saya berpatutan dengan apa yang saya bagi," ujar Izreen mengakhiri perbualan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan