Nuffnang

Selasa, 14 Januari 2014

Fizz Fairuz - Google Blog Search

Fizz Fairuz - Google Blog Search


<b>Fizz Fairuz</b> Mula Beli Barang Hantaran | Portal Hiburan OHBULAN!

Posted: 14 Jan 2014 04:00 PM PST

Fizz Fairuz Mula Beli Barang Hantaran

Seperti yang sedia maklum, kisah percintaan Fizz Fairuz dan Almy Nadia seringkali dilanda badai hingga hubungan mereka pernah terputus di tengah jalan gara-gara Fizz mengikat tali pertunangan dengan seorang wanita secara mengejut.

Namun selepas pertunangan tersebut gagal dibawa ke jinjang pelamin kerana status wanita tersebut yang masih bergelar isteri orang, Fizz telah tampil memohon maaf kepada Almy dan sejak daripada itu hubungan mereka dikatakan telah kembali pulih.

Fizz Fairuz Mula Beli Barang Hantaran

Pasangan ini mula menjalin hubungan cinta sejak lapan tahun lalu

Kira-kira sebulan yang lalu, pelakon lelaki itu telahpun mengumumkan akan mengahwini Almy pada pertengahan tahun hadapan namun masih enggan mendedahkan tarikh sebenar majlis berkenaan.

Dan demi menjadikan impian mereka sebuah realiti, Fizz dilihat telah mula membeli barang hantaran dipercayai untuk kegunaan majlis perkahwinannya dengan Almy nanti.

Fizz Fairuz Mula Beli Barang Hantaran

Menerusi foto yang dikongsikan oleh Fizz di laman Instagram miliknya, pemilik nama sebenar Mohd Fairuz bin Zainal Abidin ini berkongsi foto barangan mewah berjenama Chanel berserta caption "Mari beli barang hantaran…"

Meskipun ramai yang mempersoalkan keseriusan Fizz mahu memperisterikan Almy sebelum ini, namun nampaknya para peminat semakin yakin untuk melihat mereka mendirikan rumahtangga tidak lama lagi.

Apapun buat semua pembaa OHBULAN!, marilah sama-sama ucapkan tahniah buat bakal pengantin ini. Semoga ikatan yang dibina mampu bertahan hingga ke akhir hayat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan