Nuffnang

Isnin, 20 Januari 2014

Intan Ladyana - Google Blog Search

Intan Ladyana - Google Blog Search


<b>Intan Ladyana</b> Serik Dengan Pembantu Peribadi - Gua.com.my

Posted: 14 Jan 2014 09:13 AM PST

Pengalaman ditipu oleh bekas pembantu peribadi (PA) membuatkan pelakon Intan Ladyana, 33, serik menggunakan khidmat pihak tertentu untuk menguruskan kerjayanya. Jelas Intan, dia kini lebih selesa bergerak sendiri. Tambahan pula pihak pengurusan MIG serba sedikit membantu melancarkan perjalanan kerjayanya.

"Saya dah serik nak ada PA. Lebih baik saya uruskan kerjaya saya dengan sendiri. Lagipun saya masih bersama MIG dan sedikit sebanyak mereka turut membantu menguruskan kerjaya saya," ujar Intan ketika ditemui di Kota Damansara, baru-baru ini.

Tambahnya lagi, pihak pengurusan MIG akan membuat temuduga terlebih dahulu jika selepas ini Intan berubah fikiran dan mahu menggunakan khidmat pembantu peribadi.

"Bos (David Teo) suruh saya lebih berhati-hati selepas ini dan jika saya mahu mencari seorang PA, mereka akan buat temuduga terlebih dahulu," ujarnya.

Kongsi Intan, sebelum ini dia tiada masalah dengan pembantu peribadi yang lain. Namun, pembantu peribadinya yang terakhir telah menggunakan nama Intan untuk kepentingannya peribadi.

"Dia tak pernah ambil duit saya, tapi dia banyak tipu saya untuk benda-benda yang kecil. Tapi benda-benda kecil tu, kalau dikumpul, besar juga jadinya," jelas Intan yang mendedahkan telah beberapa kali memberi peluang kepada bekas pembantu peribadinya itu.

"Dia yang bertanya kepada saya sama ada perlukan PA atau tidak. Malah, dia juga beritahu yang dia berminat untuk menguruskan kerjaya saya. Sebenarnya, sebelum dia jadi PA saya, ramai dah nasihatkan saya tentang dia, tapi saya jenis yang susah hendak menolak permintaan orang," ujar Intan.

Dalam perkembangan lain, Intan bakal tampil dalam drama 'Jika Itu Takdirku' untuk slot Akasia, TV3 dan filem 'Adnan Sempit Sawadikap'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan