Nuffnang

Ahad, 19 Januari 2014

shahir af - Google Blog Search

shahir af - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>shahir af</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jan 2014 07:22 AM PST


Warisan Bonda: Putus Cinta Dengan Janda Meletup, <b>Shahir AF</b> <b>...</b>

Posted: 17 Oct 2013 04:30 AM PDT



Sebelum ini, industri hiburan tempatan kecoh dengan cerita Shahir (AF8) atau nama sebenar Ahmad Shahir Zawani, 25, 'hilang' sehingga peminatnya tertanya-tanya ke mana anak teruna seorang ini?
Selepas Shahir bergelar juara Akademi Fantasia kelapan, macam-macam pula masalah yang timbul. Dahulu, Shahir hilang atas alasan masalah kesihatan. Selepas itu, dia mengalami kemalangan sehingga patah tangan pula.

Spekulasi liar itu lebih parah sehingga dikatakan pihak Astro pun tidak tahu ke mana hilangnya Shahir sejak setahun lalu.
Secara kebetulan, kumpulan media telah terserempak dengannya baru-baru ini pada acara Futsal Ceria Mangga, 5 Oktober lalu. Apa lagi mereka pun mengambil peluang untuk menerjahnya bagi mendapatkan jawapan sama ada kehilangannya itu ada kena mengena dengan kes putus cinta dia dengan seorang pelakon janda yang sedang meletup?
Kehadirannya pada hari itu mendapat tumpuan peminat dan media. Mana taknya, hampir setahun dia menghilangkan diri. Shahir dikejar banyak media yang mahu mengetahui perkembangan terbarunya, manakala peminat juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersamanya.
Istimewa buat peminat Shahir, kehilangannya itu bukan berpunca dengan kes putus cinta. Sebaliknya dia ingin berehat untuk mencari idea yang lebih segar dalam proses penghasilan karya terbaru yang bakal dipasarkan tak lama lagi.
"Kali ini saya benar-benar sudah kembali," kata Shahir apabila ditanya mengenai kehilangannya daripada bidang seni selama ini.
Dia juga sudah kembali berbincang dengan pihak Astro mengenai projek terbaharu. Shahir kini sedang sibuk dengan persiapan untuk merakam lagu baru dan secara tak langsung, dia bakal melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti seni setelah muncul kembali.
Oleh kerana dia sudah sedar banyak temujanji media atau program melibatkan dirinya yang dirancang dibatalkan pada saat-saat akhir, dia berjanji perkara itu tidak akan berulang lagi kerana janji itu akan dipegang sampai bila-bila.
"Saya tak mahu hilang lagi kerana saya tahu ramai peminat rindu dengan kemunculan saya," jelasnya.
Namun dalam penyepian itu, Shahir sebenarnya aktif bermain futsal bersama rakan-rakan artis. Dia semakin aktif dalam permainan futsal sejak bersama Kelab Malaysian Artist Sport Club (MASC).
"Menyertai pertandingan berkonsepkan kesukanan seperti ini juga merupakan salah satu usaha selebriti tempatan untuk mempromosikan gaya hidup sihat kepada golongan remaja.
"Selain daripada itu, MASC juga menyokong kempen United Against Crime (Bersatu Memerangi Jenayah) yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM)," ujarnya.
Shahir berharap agar penganjuran aktiviti berkaitan sukan tidak akan terhenti di sini sahaja, sebaliknya akan berterusan dari semasa ke semasa.
"Saya gembira diberi peluang bersama rakan artis untuk turut sama dalam pertandingan ini. Selain MASC, rakan dari Seniman dan artis Suria Records juga hadir memeriahkan lagi pertandingan ini," katanya.

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>shahir af</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Nov 2013 07:37 AM PDT


<b>shahir af8</b> buat comeback di konsert akademi fantasia 2013 | sheda <b>...</b>

Posted: 13 Oct 2013 01:32 PM PDT

Alhamdulilah Akhirnya Shahir kembali ke dunia seni tanah air
Memang satu penantian yang tak sia2 
Semestinya sheda peminat Setia shahir dah lame tunggu saat2 nih
Tibe2 dia muncul di konsert Akademi fantasia 2013 di Minggu kelima sebagai kejutan buat aisyah af 2013.. malah shahir berduet dengan aisyah Af2013
Tapi sheda yang terkejut beruk hehe memang Ada dengar shahir nak wat comeback Tapi tak sangka La secepat ini...
Sangat2 happy tuk shahir semoga dia teruskan perjuangan
Dia artis yang sangat berbakat always suport u chewah hihi
Disini Sheda kongsikan gambar detik2 indah shahir kembali
Yang sheda petik dari insta hehe jangan lupe foloW ista shahir skali yew!! 
Welcome back shahir zawawi

Nak Tempah edit blog Comel + kemas + ganas Rm 50 Kebawah Tekan Sini Tau..ツ

Share

Tiada ulasan:

Catat Ulasan