Nuffnang

Jumaat, 14 Mac 2014

Hans Isaac - Google Blog Search

Hans Isaac - Google Blog Search


Keluarga Rakan <b>Hans Isaac</b> Antara Penumpang MH370 | Oh! Artis

Posted: 11 Mar 2014 11:23 PM PDT

ohartis-hans-isaac

Pelakon Hans Isaac sanggup mengambil cuti selama empat hari bagi memberi sokongan moral kepada rakannya di mana isteri dan dua anaknya antara penumpang yang menaiki pesawat menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang pagi Sabtu.

Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 43, berkata, dia terkejut dengan berita kehilangan pesawat tersebut dan berasa lebih sedih apabila mendapat tahu keluarga rakan baiknya yang juga seorang usahawan turut berada dalam pesawat itu.

"Susah untuk saya gambarkan kesedihan saya ketika ini apabila mendapat tahu berita kehilangan pesawat MH370. Tetapi apabila keluarga rakan baik turut terbabit dengan kes ini, ia lebih menyayat hati saya.

"Kejadian itu membuatkan saya terlalu sedih sampaikan saya mengambil cuti empat hari (termasuk hari ini) untuk memberi sokongan moral kepada rakan baik saya itu," katanya.

Sementara itu, Hans berkata, dia turut sedih apabila melihat ada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan ke atas insiden tersebut.

"Saya terkejut dengan komen-komen negatif yang dimuat naik oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab di Twitter. Mereka seperti tidak mempunyai perasaan langsung keatas kejadian ini sehinggakan saya malas mahu membaca komen-komen di Twitter," katanya lagi.


OHMEDIA: SEMOGA SEMUA MANGSA YANG TERLIBAT DALAM KEHILANGAN PESAWAT MH370 KEMBALI DENGAN SELAMAT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan