Nuffnang

Jumaat, 14 Mac 2014

shahir af - Google Blog Search

shahir af - Google Blog Search


Rozita Che Wan kahwin Zain Saidin punca <b>Shahir AF</b> hilangkan diri <b>...</b>

Posted: 16 Oct 2013 04:02 AM PDT


Rozita Che Wan kahwin Zain Saidin punca Shahir AF hilangkan diri - Setahun menghilangkan diri dari industri muzik membuatkan bekas peserta Akademi Fantasia musim 8, Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi, 25, dirindui ramai peminatnya.

Hanya baru-baru ini, penyanyi itu akhirnya muncul kembali di media dan seterusnya tampil dengan album terbarunya yang berjudul Dia Kau Yang Pilih. Apapun, teka-teki kehilangan Shahir terus menjadi persoalan sehingga wujud gosip yang mendakwa kehilangannya ada kaitan dengan aktress jelita Rozita Che Wan.

Khabarnya, Shahir kecewa kerana Rozita Che Wan, 40 sudah dimiliki orang lain yang juga seorang selebriti dan aktor kacak, Zain Saidin. Sejauh manakah dakwaan ini?

Mengulas mengenai gosip terbaru itu, Shahir menafikan Che Te punca utama kehilangannya dalam industri muzik. Katanya, ketiadaan beliau dalam industri muzik adalah disebabkan ingin fokus kepada perniagaan keluarga yang berasaskan pelaburan.

"Itu semua tidak benar, saya tidak menghilangkan diri kerana Che Ta. Setahun rasanya saya tidak terlibat dengan kerja-kerja dunia nyanyian kerana tanggungjawab saya terhadap keluarga."

"Keluarga saya perlukan saya dan dalam tempoh ketiadaan saya dalam industri hiburan ini, kami fokus menjalankan perniagaan berasaskan pelaburan."

"Tentang saya dan Che Ta itu hanya gosip liar, sebelum ini pun saya sudah menjelaskan yang saya dan dia tidak pernah mempunyai sebarang hubungan cinta."

Saujana Duet Dengan <b>Shahir AF</b>? | Munsyeed{Dot}Com 2010-2014

Posted: 25 Feb 2012 05:36 AM PST

Saujana dan Shahir AF bergambar bersama rakan mereka, Wan Najran yang melangsungkan perkahwinan baru-baru ini

Pertama, pihak Munsyeed{Dot}Com ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada 6ixth Sense dan Saujana atas kejayaan lagu single terbaru mereka berjudul Penerang Hati yang mendapat sambutan cukup memberangsangkan oleh para pendengar kebelakangan ini. Lagu ini sering diputar di stesen radio tempatan malah menjadi lagu tema OST untuk drama bersiri popular Vanila Coklat di TV3. Lagu yang dimuatkan dalam album Koleksi Nasyid Tersohor ini mendapat respon positif daripada pelbagai pihak khususnya pendengar nasyid.

Berbalik kepada tajuk berita ini, benarkah Saujana berduet dengan Shahir AF?

Saujana dan Shahir AF berduet sewaktu majlis resepsi Wan Najran Saujana.

Sebenarnya kumpulan Saujana telah berduet dengan Shahir dalam satu persembahan ad hoc yang tidak dirancang sama sekali sewaktu Majlis Resepsi Wan Najran dan pasangan, Adlina Aini Afifi baru-baru ini. Pertemuan yang cukup dramatik ini nyata memberikan makna tersendiri buat Wan Najran yang menjadi raja sehari pada hari tersebut dan buat ahli Saujana serta Shahir sendiri secara peribadi.

Shahir, 25, merupakan bekas ahli kumpulan Saujana sebelum beliau berhenti dan menyertai program realiti tv paling popular ASTRO, Akademi Fantasia Musim ke-8. Walaupun tidak sempat merakamkan album bersama dengan Saujana namun Shahir merupakan antara ahli Saujana yang aktif bersama dengan Saujana dalam memenuhi jemputan persembahan pentas.

Semoga ikatan ukhwah di antara mereka akan berkekalan dan mungkin satu hari nanti Saujana akan berduet dengan Shahir AF untuk lagu single akan datang… Siapa tahu kan?  Biar mereka yang merancang dan ALLAH SWT tentukan! Sebagai peminat, mari kita doakan! =)

-Munsyeed{Dot}Com

Gambar ihsan: Adlina Aini Afifi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan