Nuffnang

Isnin, 26 Mei 2014

kumpulan Fabulous Cats - Google Blog Search

kumpulan Fabulous Cats - Google Blog Search


<b>kumpulan Fabulous Cats</b> - Google Blog Search - blog-blog hiburan

Posted: 10 May 2014 03:36 AM PDT


Perjuangan Tiga Swagger - Utusan Online

Posted: 06 May 2014 10:33 PM PDT

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar ABDUL RAZAK LATIF

TIGA Swagger dianggotai (dari kiri) Rangga, Cat, Syifa, Eddie dan Beeru.

SELEPAS era pembabitannya dalam kumpulan Ruffedge berakhir pada penghujung tahun 1990-an, kerjaya seni Cat Farish dalam bidang nyanyian tidak terhenti setakat itu sahaja.

Sebaliknya, penyanyi hip hop berusia 40 tahun ini juga terus gigih mengembangkan bakatnya dalam bidang seni yang lain terutama menerusi penggubahan lagu dan lirik.

Malah, Cat juga telah menubuhkan kumpulannya sendiri iaitu The Fabulous Cats dan yang terbaharu pula Tiga Swagger yang turut dianggotai oleh Beeru, Syifa, Eddie serta Rangga.

Menariknya, sejak tidak bersama Ruffedge, bapa kepada tiga orang anak ini tidak putus-putus mengetengahkan seorang demi seorang penyanyi wanita dalam kumpulannya itu.

Menurut Cat, dia tidak kisah apabila ada pihak yang mengatakan dia menjadikan kumpulannya seperti sebuah kilang yang melahirkan ramai penyanyi wanita baharu di negara ini.

Saya tidak kisah apa orang hendak kata kerana salah satu konsep dalam kumpulan yang saya tubuhkan mesti ada seorang anggota wanita sejak era The Fabulous Cats hingga kini.

Kalau dulu, semasa era The Fabulous Cats saya pernah menampilkan ramai penyanyi wanita seperti Ellie, Alyah, Farhana, Wangi dan Zizie walaupun mereka bertukar ganti.

Selain konsep, penampilan penyanyi wanita dalam kumpulan saya sebagai bunga atau penyeri bagi menarik perhatian para peminat ia turut mempelbagaikan lagi gaya nyanyian kami.

Terkini, saya menubuhkan sebuah lagi kumpulan baharu iaitu Tiga Swagger dan turut menampilkan seorang penyanyi wanita iaitu Syifa dalam kumpulan ini.

Syifa menjadi penyanyi keenam yang saya lahirkan dalam kumpulan yang saya tubuhkan setakat ini," katanya kepada Hits selepas sesi fotografi di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pada pertemuan itu, Cat telah memperkenalkan empat anggota baharu kumpulan Tiga Swagger yang berkonsepkan irama hip hop termasuklah Syifa yang baru berusia 21 tahun.

Jelas Cat atau nama sebenarnya Farrish Zaquan Ramli, dia bukan setakat bertanggungjawab melahirkan ramai penyanyi wanita baharu tetapi juga penubuhan banyak kumpulan lain.

Kumpulan Mix, Moleque, Pop, Hanarose, Dynda dan FO3 antara kumpulan yang pernah dibentuk serta mendapat tunjuk ajar daripadanya dalam bidang muzik tanah air sejak 10 tahun lalu.

Syifa adalah bekas pelajar yang saya pernah bimbing. Dia adalah penyanyi rap yang ketiga saya lahirkan selepas Arabyrd dan Vega daripada kumpulan Dynda," ujarnya lagi.

Tiga Swagger kini sedang popular menerusi lagu terbaharu mereka bertajuk Opss Aku Dah Ter... yang kini semakin banyak disiarkan di saluran-saluran radio tempatan.

Daripada pelajar jadi penyanyi

Syifa tidak menduga niatnya yang mahu belajar menyanyi lagu-lagu rap daripada Cat Farish telah membawanya menjadi ahli Tiga Swagger, sekali gus terjun ke dalam bidang nyanyian.

Pemilik nama sebenar Norasyifa Diana Ahmad Fauzi ini berkata, dia tidak menduga diambil menjadi anggota kumpulan itu selepas mendapat bimbingan terus daripada Cat.

Saya sebenarnya peminat irama rap dan berjumpa Cat untuk belajar menyanyi daripadanya. Tetapi rezeki saya ketika itu, Cat kata dia perlukan seorang penyanyi wanita.

Dia perlukannya untuk menyanyikan serangkap dalam lagu pertama kami yang bertajuk Power. Saya kemudiannya diambil menjadi anggota tetap Tiga Swagger pada Disember 2012.

Saya banyak mengadakan persembahan bersama kumpulan ini termasuklah sehingga ke Mukah di Sarawak walaupun baru merakamkan beberapa lagu termasuklah Apa Celup.

Sebelum menyertai Tiga Swagger saya lebih banyak menjadi penari sambilan di bawah bimbingan koreografer Sazlan Mat Adnan dalam banyak persembahan pentas," jelasnya.

Syifa yang memiliki diploma dalam bidang Sumber Manusia dari sebuah universiti swasta tempatan berkata, peluangnya menganggotai Tiga Swagger akan digunakan sebaik-baiknya.

Tambahnya, cara itu akan digunakan bagi mengembangkan minatnya dalam irama rap dan hip hop apatah lagi mendapat bimbingan terus daripada orang lama seperti Cat.

Bagi Beeru atau nama sebenarnya Izham Azmi, 30, pula berkata hubungan rapatnya dengan Cat dan Eddie secara tidak langsung membawa kepada penubuhan kumpulan tersebut.

Saya selalu bersama Cat di Studio Sevenfourseven miliknya di Bangi, Selangor. Kami selalu berbincang dalam buat lagu dan lirik di studio itu sebelum tertubuhnya kumpulan ini.

Sebelum ini saya pernah menyertai kumpulan BEAT atau Be Entertainer All Time sejak usia 15 tahun tetapi tiada peluang merakamkan lagu atau album sewaktu bersama-sama mereka.

Selepas keluar dari BEAT pada 2008 saya semakin rapat dengan Cat dan dia kemudiannya mengajak saya menubuhkan Tiga Swagger yang semakin serius dalam bidang ini.

Kini selepas lebih dua tahun bersama-sama dengan kumpulan ini saya juga semakin yakin untuk menjadikan bidang ini sebagai kerjaya sepenuh masa saya," tuturnya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan