Nuffnang

Isnin, 30 Januari 2012

Erra Fazira - Google Blog Search

Erra Fazira - Google Blog Search


Umie Aida dan <b>Erra Fazira</b> Bakal Rakam Single

Posted: 19 Jan 2012 04:00 AM PST

berita | Tempatan

Teks Oleh: zyzamani

Email: zyzamani22@gmail.com
Foto Oleh: Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 19 JANUARI 2012: Mahu bergandingan bersama dan menjadikan kolaborasi tersebut sebagai satu kenangan indah buat persahabatan mereka, jelas aktres jelita, Datin Paduka Umie Aida, dia dan Erra Fazira bakal merakamkan single duet tidak lama lagi.

Merupakan kerjasama khas mereka berdua, kata Umie Aida, single tersebut juga akan dijadikan lagu tema untuk drama terbitan syarikat mereka, Frensis.

"Saya akan merakamkan single duet bersama dia (Erra Fazira) tidak lama lagi. Kerjasama tersebut juga merupakan hadiah buat peminat kami selama ini.

"Single itu juga akan dijadikan lagu tema buat drama terbitan syarikat kami kelak. InsyaAllah kami akan merakamkannya pada tahun ini cuma masanya saja yang belum boleh diberitahu lagi," katanya kepada portal murai.com.my.

Mahu merahsiakan genre muzik yang bakal dirakamkan, Umie Aida berkata, aktiviti seninya tahun ini padat seperti tahun sebelumnya bagaimanapun berharap agar segala perancangan akan dapat dilaksanakan.

Katanya, dia bakal memasuki lokasi penggambaran drama bersiri Kekasihku Seri Kepada Waris tidak lama lagi.

"Ada banyak perancangan untuk tahun ini dan biarlah semuanya dirahsia lagi. Kalau diberitahu sekarang nanti tiada kejutan pula. Tetapi selepas ini, saya akan menjalani penggambaran drama bersiri Kekasihku Seru Kepada Waris," jelasnya lagi.

Dalam pada itu, menurut Umie Aida, sempena tahun baru ini, dia berazam mahu melakukan aktiviti kemasyarakatan yang telah lama diidamkannya.

"Kalau boleh, tahun ini saya mahu buat aktiviti yang bermanfaat dan boleh dikongsi bersama masyarakat. Saya mahu aktiviti itu kelak memberi kebaikan kepada semua pihak,"katanya penuh pengertian.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan