Nuffnang

Isnin, 30 Januari 2012

rosyam nor - Google Blog Search

rosyam nor - Google Blog Search


Tupai - Portal Hiburan Terkini: <b>Rosyam Nor</b>: Usia bukan penghalang

Posted: 28 Jan 2012 08:10 PM PST

Bagi peminat yang sememangnya menantikan kemunculan beliau di layar perak pasti gembira dengan perkhabaran ini. Mohd Noor Shamsuddin atau lebih dikenali dengan Rosyam Nor merupakan antara pelakon yang membintangi filem prekuel "KL Gangster 2".

Memegang watak Tailong dalam filem ini, ia merupakan watak yang memerlukan aksi berani dan mencabar serta boleh dikatakan paling ganas.

Rosyam memberitahu Berita Harian bahawa beliau teruja membintangi filem ini kerana sudah lama tidak mendapat tawaran watak yang menguji kemampuannya.

"Saya langung tidak boleh menolak bahkan berterima kasih kerana diberi tanggungjawab untuk memikul watak sebegini.

"Peluang yang diberikan Skop Production Sdn Bhd (SPSB) kepada saya menunjukkan bahawa saya masih mampu untuk melakonkan watak ganas sebegini walaupun usia sudah meningkat," ujar Rosyam yang akui karakter tersebut akan memberi impak kepada kariernya.

Kebanyakan aksi lagak ngeri yang dilakukan dalam filem ini merupakan hasil perbincangan Rosyam bersama pengarah.

"Ada beberapa lagak ngeri yang dilakukan oleh saya sendiri tanpa bantuan pelakon lagak ngeri. Bagi saya, ia merupakan penghargaan kepada pengarah dan mahu berikan yang terbaik untuk filem ini."

Filem garapan pengarah muda Syamsul Yusof ini bakal ditayangkan pada tahun ini dan turut dibintangi oleh Aaron Aziz, Ady Putra, Shoffi Jikan dan ramai lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

<b>Rosyam Nor</b> Pilih Rupa Paras Cantik

Posted: 26 Jan 2012 04:00 AM PST

berita | Tempatan

Teks oleh Syafiqah Jalal

Emel: syafiqah_jalal@digitalfive.com

SELANGOR, 27 JANUARI2012: Penerbit program Pilih Kasih, Rosyam Nor akui, 16 orang finalis yang terpilih bagi musim ketiga program Pilih Kasih (PK) kali ini dipilih berdasarkan paras rupa dan personaliti menarik.

Meskipun bakat lakonan penting untuk menjadi seorang pelakon, namun Rosyam Nor berkata finalis musim ini mempunyai kelebihan bakat lakonan serta memiliki paras rupa yang menarik.

"Selama dua musim menerbitkan program ini, saya dapati mereka yang kurang mempunyai paras rupa yang menarik agak sukar untuk mendapat publisiti walapun mereka punya bakat lakonan yang hebat.

"Dengan itu, untuk musim kali ini saya akui telah menitik beratkan soal pakej sebanyak 60 peratus di samping bakat lakonan yang hebat.

"Namun, kami ada serapkan juga beberapa peserta yang mungkin mempunyai rupa kuruang menarik tetapi kami cuba membentuk personalitinya sendiri kerana mereka punyai rupa paras yang unik dan eksotik," katanya dalam siding media Pilih Kasih 3 di Holiday Villa Subang, baru-baru ini.

Seramai 16 orang finalis dipilih selepas mengadakan pencarian bakat di tujuh lokasi iaitu Selangor, Kedah, Johor, Sabah, Sarawak, Kuantan dan Kuala Lumpur.

Rosyam Nor berharap, caranya yang menitikberatkan paras rupa, akan membolehkan para peserta pergi lebih jauh dan kekal dalam industri lakonan.

"Saya berharap dapat melahirkan lebih bakat-bakat baru menerusi Pilih Kasih kali ini. Saya mahu apabila mereka (peserta) keluar sahaja dari program ini, mereka akan mampu membina nama sendiri, walaupun tidak bergelar juara.

"Lagipun, apa yang boleh saya katakan, ini adalah musim terakhir Pilih Kasih jadi saya mahu melakukan sehabis baik untuk program ini,"luahnya lagi.

PK akan tampil dengan sedikit pembaharuan di mana program baru Zooom PK akan diperkenalkan. Menerusi program itu, bekas peserta PK akan dijejaki semula untuk melihat perkembangan baru mereka.

Bersama personaliti Eisya Toh selaku pengacara, Zooom PK akan ditayangkan sebanyak 12 episod dan akan mula bersiaran di TV2 pada setiap Sabtu, jam 9 malam bermula 28 Januari ini hingga 14 April depan.

Walaubagaimanapun beberapa program utama yang masih dikekalkan pada musim baru ini adalah Kisah PK dan Pentas PK.

Kisah PK yang memaparkan diari dan aktiviti pembelajaran dan tugasan peserta akan mula disiarkan pada setiap Rabu dan Khamis bermula 25 Januari ini hingga 12 April depan sebanyak 24 episod.

Manakala Pentas PK yang menjadi medan penting para peserta mempertaruhkan bakat masing-masing dalam menyampaikan tugasan mingguan yang diberikan akan mula bersiaran pada 5 Februari hingga 15 April depan pada setiap Ahad pukul 9 malam selama dua jam.

Kesemua 16 peserta PK ini akan mendapat bimbingan dan nasihat secara berterusan mengenai selok-belok dunia lakonan daripada dua bintang besar Erra Fazira dan Datin Paduka Umie Aida menerusi sesi pembelajaran pada setiap minggu.

Selain itu, peserta musim ini juga akan mendapat tunjuk ajar daripada pengarah dan penerbit terkenal Erma Fatima yang akan membimbing dari aspek lakonan drama mingguan dan pementasan teater dan aktivis teater Hamzah Tahir pula mengawasi seni lakon kesemua peserta secara terperinci.

Masih lagi dipentaskan secara langsung dari Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Senawang, Seremban, Negeri Sembilan, Pentas Pilih Kasih masih mengekalkan pengacara yang sama, Reza Mohammed.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan