Nuffnang

Isnin, 13 Februari 2012

Adam af - Google Blog Search

Adam af - Google Blog Search


<b>Adam AF</b> jadi penasihan persembahan Mentor 5?

Posted: 03 Apr 2011 12:00 AM PDT

Dengarnya... Adam jadi penasihat persembahan
Oleh Normah Becok

2011/03/03

AMBOI! Amboi! Cik Normah dengar penyanyi dan pelakon kelahiran program realiti Akademi Fantasia, Adam, diberi mandat sebagai penasihat persembahan untuk program realiti Mentor musim terbaru.

Kiranya, untuk jawatan baru ini, Adam dikehendaki menjadi koreografer dan penasihat persembahan setiap protege bertanding. Sebelum ini, tugas Adam dipegang Sazlan, bekas koreografer terkenal yang pernah terbabit dalam program Sehati Berdansa.

Bagi Cik Normah, memilih Adam sebagai penasihat persembahan adalah tepat kerana seperti yang kita ketahui, jejaka kelahiran Sabah ini memang handal di lantai tari.

Kalau bab menari ini, kita serah saja padanya. Mungkin pengalamannya sepanjang bergelar artis boleh dikongsi bersama dengan protege. Cuma Cik Normah tertanya-tanya juga, apakah Adam mampu untuk mengajar tarian yang berbeza dengan genre muziknya?

Maksud Cik Normah, manalah tahu kalau protege dikehendaki menarikan tarian tradisional. Apakah Adam boleh memberi tunjuk ajar tarian itu, sedangkan apa yang kita tahu, dia mahir menarikan tarian moden saja.

Eh! Cik Normah bukanlah nak mempertikaikan kemampuan Adam. Cuma Cik Normah sedikit sangsi kerana Cik Normah belum pernah nampak dia menarikan tarian sebegitu. Tapi siapa tahu kalau Adam sebenarnya ada bakat terpendam yang dia sengaja mahu sembunyikan daripada peminat. Nak buat kejutan pada penontonlah tu!

Apapun, tahniah buat Adam kerana dalam ramai-ramai bekas peserta AF, dia seorang saja yang berpeluang memikul amanah menjalankan tanggungjawab itu. Bukan calang-calang orang boleh galas tugas terbabit. Harapan Cik Normah, semoga Adam berjaya membimbing protege itu dengan baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan