Nuffnang

Isnin, 13 Februari 2012

Aliff Aziz - Google Blog Search

Aliff Aziz - Google Blog Search


<b>Aliff Aziz</b> Kini Menetap Di Kuala Lumpur, Berminat Untuk Tukar <b>...</b>

Posted: 31 Jan 2012 08:43 AM PST

Selamat bekerja kepada mereka yang berada di'luar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Labuan — kita senasib, cuti bukan milik kita. Eh.

Di malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke 26 beberapa hari lalu, Rotikaya sempat bertemu dengan penyanyi muda, Aliff Aziz yang kini khabarnya sudah kembali aktif dalam industri hiburan.

Aliff Aziz berkata kepada kami untuk makluman anda semua yang beliau kini sudah sepenuh masa tinggal di Kuala Lumpur sejak awal tahun kerana ingin fokus kepada kerjaya seni beliau di'sini.

Selepas tamat menjalani program khidmat negara di SIngapura, Aliff Aziz kini sedang dalam pertimbangan untuk memohon warganegara Malaysia — seperti idola beliau sedang lakukan ketika ini, Aaron Aziz

<b>Aliff Aziz</b> dikatakan suka memberi harapan kepada gadis?

Posted: 09 Feb 2012 10:06 AM PST


Menurut laman sesawang twitter milik Aliff Aziz dan juga Zarina Anjoulie lewat malam tadi, Zarina Anjoulie melalui akaun twitter rasmi beliau telah menyatakan dalam 'status update' mengenai sesuatu tentang Aliff Aziz yang sebenarnya dikatakan suka memberi harapan kepada gadis?

Zarina Anjoulie telah menyatakan di laman twitter beliau yang Aliff Aziz telah menipu diri beliau dan meminta penyanyi kelahiran bumi Singapura itu untuk datang minta maaf atas kesilapan tersebut.

Pastinya apa penipuan juga permasalahan yang timbul antara Zarina Anjoulie dan Aliff Aziz turut mengesahkan yang beliau kini mempunyai cukup bukti untuk memberitahu media apa yang telah Aliff Aziz lakukan kepada beliau pada 'malam tersebut', kata Zarina Anjoulie lagi.

Menurut salah seorang 'bekas mangsa' Aliff Aziz, sememangnya Aliff Aziz seorang lelaki yang gemar memberikan harapan kepada gadis yang beliau kenali dengan menggunakan kata kata & panggilan manis buat si gadis.

<b>Aliff Aziz</b> Akui Reputasi Terjejas Sebab Zarina

Posted: 10 Feb 2012 08:54 PM PST

KUALA LUMPUR –Semalam gempar apabila secara tiba-tiba Zarina Anjoulie mengaitkan nama penyanyi dari Singapura, Aliff Aziz dalam kontroversinya apabila mengatakan Aliff Aziz menipu dirinya.

Aliff Aziz tidak mahu memberikan sebarang kenyataan berhubung isu panas itu memandangkan tindakan Zarina telah membuatkan kedudukannya sebagai penyanyi tercalar dan tergugat.

"Saya tak boleh nak mengulas lanjut tentang isu tersebut selepas dinasihatkan oleh pihak Sony Music agar tidak memberi sebarang komen kepada pihak media.

"Tetapi saya akan menjelaskan semuanya apabila tiba masanya nanti. Cuma diakui, reputasi saya sedikit terjejas gara-gara kontroversi ini," kata Aliff Aziz pada Mstar di sini hari ini.

Pun begitu, Aliff Aziz berharap agar isu ini tidak diperbesarkan memandangkan keadaan dirinya yang sekarang ini sedikit sibuk dan terikat dengan rakaman albumnya yang terbaru.

Kenyataan dari pihak Zarina pula, pelakon wanita itu mengambil tindakan dengan mengunci mulutnya ketika diminta untuk memberi penjelasan tentang entri Twitternya yang menuduh Aliff Aziz menipu.

"Tanyalah Aliff apa yang dia dah buat. Kalau dia cakap tak ada apa-apa, maksudnya tiada apa-apa lah kot," kata Zarina seperti menyindir.

Zarina juga telah memberi masa selama dua hari kepada pihak Aliff Aziz untuk tampil meminta maaf berhubung masalah berkenaan.

Namun, terdapat juga sumber lain yang dikatakan menjadi punca pergaduhan antara Zarina dan Aliff Aziz di mana Zarina telah menyatakan tentang sesuatu perkara di laman Twitternya.

Menerusi blog Rotikaya.com, Zarina telah menyatakan semua nombor telefon dalam telefon bimbitnya telah hilang dan sempat menyindir Aliff Aziz sekiranya jejaka itu bersama dengan kekasihnya, Anne Ngasri.

Di akhir entri Twitter Zarina, pelakon wanita itu menyatakan dia mempunyai simpanan rakaman video ketika Aliff Aziz sedang mabuk.

"@AliffAziz hey mt hp went crazy hilang all no's.. Ur with anne huh.. Nice :) anyway ur drunked video at my frens place was hillarious!" tulis Zarina.

Difahamkan Aliff Aziz kini dikatakan sedang bercinta dengan pelakon wanita yang berstatus janda, Anne Ngasri.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan