Nuffnang

Isnin, 13 Februari 2012

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


Video Surprise <b>Alyah</b> Di AJL26 Menjadi | ct N honey

Posted: 29 Jan 2012 08:09 PM PST

Rasanya ramai yang melekat di depan TV malam tadi menyaksikan Anugerah Juara Lagu  Ke-26. Cuma untuk entry ini nak cerita sikit pasal persembahan Alyah yang membawa lagu Kisah Hati. Bila Alyah mula menyanyi aje, terpegun seketika bila Alyah jadi Barbie Doll atas pentas tu.


Tapi yang paling best kemunculan Hero Malaysia, siapa lagi kalau bukan Remy Ishak di akhir persembahan. Sebenarnya tak ada siapa pun tahu yang Remy akan muncul sebagai 'cameo' dalam persembahan Alyah pada AJL 26 yang baru berlangsung semalam tadi.Menurut Remy, "Orang-orang di Media Prima, 'crew' teknikal TV3 yang menjayakan AJL 26 malam tu pun tak tahu yang dia akan muncul dalam persembahan tu, cuma yang tahu pasal kewujudannya adalah Alyah sendiri, tenaga kerja dan kawan-kawan dia je. Ini semua gara-gara Alyah sendiri, yang minta kami semua merahsiakan perkara ni.., nak buat 'surprise' katanya, dan Tada...Remy keluar masa minit terakhir..
Dan akhirnya Untuk persembahan terbaik AJL26 dirangkul oleh Alyah-Kisah Hati

Tupai - Portal Hiburan Terkini: Air mata gembira <b>Alyah</b> menerusi <b>...</b>

Posted: 29 Jan 2012 11:09 PM PST


Air mata kegembiraan mengiringi kemenangan penyanyi Alyah di Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, semalam.

Pemilik nama sebenar Noor Hasliah Abu Hasan bersyukur penantiannya selama 12 tahun berkecimpung dalam industri seni tanah air 'dibayar' dengan kemenangan Persembahan Terbaik.

Alyah sempat menyampaikan terima kasihnya kepada peminat menerusi akaun rasmi laman sosial Twitter miliknya.

"Selamat pagi dan salam semua. Pagi yang seindah-indahnya. Syukur pada Allah S.W.T. Terima kasih semua. Doa anda buat saya masih di sini," ujarnya.

Pada malam AJL26, Alyah tampil membuat kejutan dengan persembahan seperti anak patung yang berada di atas kota muzik dengan pakaian gemerlapan serta suara memukau hati penonton.

Ditambah pula dengan kehadiran aktor "Nur Kasih The Movie", Remy Ishak ketika itu menjadikan persembahannya mendapat tepukan paling gemuruh pada malam tersebut.

Alyah sempat berkongsi bahawa dia tidak menyangka bahawa Remy sanggup hadir untuk memberi sokongan kepadanya, mengakui ia bukanlah gimik semata-mata sebaliknya ia adalah rancangan di saat akhir.

"Saya tidak sangka dia akan bersetuju membuat penampilan istimewa untuk lagu ini kerana sudah lama saya mahukan beliau untuk hadir. Walaubagaimanapun saya tidak menerima jawapan daripadanya sehinggalah malam sebelum AJL26 berlangsung, dia mengesahkan kehadirannya demi memberikan sokongan kepada "Kisah Hati"," kata Alyah lagi.

Sememangnya menggemari konsep fantasi wonderland, Alyah akui idea asal serta konsep yang disampaikan melalui persembahannya itu datang daripada dirinya menerusi penyelidikan.

"Alunan piano merupakan tunjang utama bagi lagu ini dan saya gabungkannya dengan kotak muzik yang seringkali kita lihat akan mengeluarkan bunyi tersebut dan berpusing. Itulah yang saya ambil dan bawa ke pentas AJL 26 pada malam tersebut."

Tidak mahu dianggap hanya bertanding sahaja, Alyah memberitahu bahawa komitmen dan usahanya terhadap lagu dan pertandingan ini telah diberikan sepenuhnya dan bersyukur atas kemenangan ini.

Lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh Manusia Putih ini telah berjaya merangkul kategori Persembahan Terbaik dan membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan