Nuffnang

Rabu, 9 Mei 2012

Aaron Aziz - Google Blog Search

Aaron Aziz - Google Blog Search


Permohonan MyPR <b>Aaron Aziz</b> Sudah Diluluskan? | OHBULAN!

Posted: 10 Apr 2012 10:48 AM PDT

Kecoh dengan isu Zed Zaidi yang mempersoalkan kemenangan trofi Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 2011 oleh Aaron Aziz.

Umum tahu bahawa Aaron Aziz adalah warganegara Singapura dan masih memohon kerakyatan Malaysia. Zed Zaidi dalam laman Twitter-nya turut menyalahkan para peminat yang menggalakkan kemenangan artis luar.

Bukan itu yang OHBULAN! mahu beritahu sebenarnya. Berita gembira buat para peminat Aaron Aziz, menurut portal hiburan, Gua, permohonan Aaron Aziz untuk kad MyPR dipercayai sudah pun diluluskan kerajaan. Kad MyPR adalah kad pengenalan berwarna merah untuk permastautin tetap di Malaysia dan buat masa sekarang, Aaron Aziz masih menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan berita gembira ini dan mengambil kad MyPR tersebut.

Bagi OHBULAN!, tiada apa yang perlu dipersoalkan disini. Aaron Aziz memang patut menang kerana industri perfileman tanahair memang tiada pelakon lelaki yang setanding dengannya, kalau ada pun, sudah lapuk. Anda setuju?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan