Nuffnang

Jumaat, 22 Jun 2012

Faizal Hussein - Google Blog Search

Faizal Hussein - Google Blog Search


JIWANG Torrent : TV/Series - Ameera Episode 01 (Samarinda TV3)

Posted: 21 Jun 2012 09:39 PM PDT

Pelakon :

Rita Rudaini (Ameera), Syamsul Yusof (Ameer), Zarina Zainoordin (Zila), Jasmin Hamid (Puan Suraya), Aishah Ilias (Marisha), Hairi Safwan (Faruk), Reza Hasbi (Zarul), Khaty Azean (Mak Som), Maimon Mutalib (May Yah), Faizal Hussein (Jai), Sabrina Ali (Rozi) dan Aman Shah.

<b>Faizal Hussein</b> lancarkan autobiografi pertama - Tupai

Posted: 21 Jun 2012 09:29 PM PDT

Aktor prolifik Faizal Hussein bakal melancarkan buku autobiografi pertamanya berjudul "Limelight" di KL Alternative Bookfest pada Sabtu (23 Jun) ini, jam 12 tengahari bertempat di Annexe, Central Market, Kuala Lumpur.

Pewaris legasi seniman Allahyarham Hussein Abu Hassan dan seniwati Allahyarhamah Mahyoun Ismail yang terkenal dengan filem-filem seperti "Gila-Gila Remaha" (1985), "XX Ray" (1993), "Leftenan Adnan" (2000) dan terbaru "Bunohan" (2012) telah memulakan kariernya dalam bidang lakonan seawall usia lima tahun. Justeru segala pengalaman dan suka duka beliau bergelumang dalam industi sebagai anak seni dibukukan dalam "Limelight".

Autobiografi ini bakal menceritakan tentang profesionalisme, bagaimana kedua ibu bapanya mendidik anak-anak yang tidak pernah dikongsikan sepanjang hayat kedua-dua seniman dan seniwati itu. Malah pengalamannya berhadapan dengan tindakan gantung tidak bertali oleh syarikat penerbit drama untuk beberapa tahun atas kedegilan dan prinsip yang dipegang turut diselitkan dalam buku tersebut.

"Limelight" turut menaratifkan bagaimana aktor tersebut mengekalkan tahap profesionalisme sehingga sekarang untuk dikongsikan bersama sesiapa yang ingin menceburkan diri dalam karier lakonan selain mahukan gambaran awal tentang amalan industri perfileman tanah air.

Selain autobiografi aktor 47 tahun ini, buku tulisan aktor "Aku, Kau & Dia", Pekin Ibrahim berjudul "Memoir Bukan Memoir" akan turut dilancarkan pada hari yang sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan