Nuffnang

Isnin, 24 September 2012

Elfira Loy - Google Blog Search

Elfira Loy - Google Blog Search


<b>Elfira Loy</b> tolak permintaan cium Randy Pangalila

Posted: 06 Sep 2012 08:04 PM PDT

Elfira Loy tolak permintaan cium Randy Pangalila

KUALA LUMPUR, 6 SEPT 2012: Enggan mengikut kehendak itu, pelakon remaja, Elfira Loy telah menolak untuk mencium Randy Pangalila, pelakon popular dari seberang.

Namun, menyedari dia perlu akur untuk mencium Randy Pangalila, Elfira Loy telah memenuhi permintaan untuk mencium jejaka itu dengan hanya menciumi tangannya sendiri yang sebelum itu dilekapkan ke pipi aktor tersebut.

Bagaimana pun itu hanyalah permintaan pada salah sebuah babak yang perlu dilakonkan mereka sebagai peneraju utama filem Dalam Hati Ada Taman arahan Michael Ang yang mana penggambarannya telah pun dilakukan di kota Paris.

Bercerita mengenai penglibatannya di dalam filem tersebut, Elfira yang sudah 2 kali bekerjasama dengan Randy memberitahu, terdapat beberapa babak-babak romantik yang mendebarkan dirinya apabila digandingkan bersama jejaka macho dari Indonesia itu.

"Sebenarnya mudah sahaja bekerja dengan Randy kerana kami serasi dan sekepala untuk melakukan beberapa babak di dalam filem ini. Malah hampir semua babak yang kami jayakan dilakukan dengan reaksi yang natural tanpa melakukan apa-apa rehearsal dahulu, kerana kami sama-sama suka ikut flow situasi waktu itu.

"Cuma ada beberapa babak intim bersama dia yang membuatkan saya berdebar-debar kerana sungguh saya tidak pernah lagi bercinta. Malah kadang-kadanga rasa kelakar pun ada bila terpaksa melakukan babak romantik bersamanya,"

katanya kepada wartawan ketika ditemui di majlis rumah terbuka Indigital Sdn Bhd dan Cube Film di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, Bangsar, malam semalam.

Sebelumnya, Elfira dan Randy telah pun bergandingan sebagai pasangan kekasih di dalam telemovie Mimpi Sampai Ke Bintang. Mengenai perkembangan terbaru, Elfira bakal menjalani penggambaran drama epik bersama pengarah Datin Paduka Shuhami Baba tidak lama lagi, – GOSSIP @ forblogger.

Connect Facebook

5.0

Tiada ulasan:

Catat Ulasan