Nuffnang

Isnin, 24 September 2012

Lisdawati - Google Blog Search

Lisdawati - Google Blog Search


Rayuan Nadia Mustafar Ditolak Dan Diperintah Bayar RM50,000 Pada

Posted: 18 Sep 2012 09:55 PM PDT

Rayuan Nadia Mustafar Ditolak
Mahkamah Tinggi semalam telah menolak rayuan pelakon Nadia Mustafar berhubung keputusan Mahkamah yang memerintah Nadia Mustafar membayar ganti rugi sebanyak RM50,000 kepada Lisdawati dalam kes saman fitnah.. Dalam keputusannya, Hakim Abang Iskandar Abang Hashim menegaskan bahawa keputusan hakim Mahkamah Sesyen adalah betul selepas mendengar keterangan saksi semasa perbicaraan.

"Beliau menggunakan undang-undang yang betul kepada fakta yang dibentangkan di hadapannya. Tiada sebab bagi mahkamah ini campur tangan dalam keputusan (Mahkamah Sesyen) itu," kata hakim.

Nadia juga diperintah membayar kos perundangan RM3,000 kepada Lisdawati.

Sebelum ini, Lisdawati diberi ganti rugi RM50,000 oleh Hakim Mahkamah Tinggi selepas beliau memenangi kes saman fitnah terhadap Nadia.

Dalam saman yang difailkan pada 21 April 2010, Lisdawati mendakwa Nadia dengan niat jahat memberi wawancara yang mengandungi perkataan berbaur fitnah kepada wartawan Hanif Abdul Ghani (Allahyarham) dari majalah Media Hiburan.

Lisdawati mendakwa wawancara itu dibuat pada Januari 2005 dan artikel mengenainya disiarkan oleh majalah itu dalam edisi 8 – 14 Januari 2005.

Beliau mendakwa perkataan dalam artikel itu bertujuan membawa maksud bahawa beliau meminjam wang daripada Nadia dan gagal membayar balik hutang itu.

Nadia, dalam pernyataan tuntutannya bertarikh 18 Mei, 2010, mendakwa artikel itu tidak berbaur fitnah, sebaliknya bertujuan meminta orang yang berhutang supaya menjelaskan hutangnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan