Nuffnang

Isnin, 1 Oktober 2012

Azhan Rani - Google Blog Search

Azhan Rani - Google Blog Search


<b>Azhan Rani</b> 6 Tahun Berlakon, Masih Belum Popular - Opss Media

Posted: 16 Jul 2012 06:24 PM PDT

Azhan Rani 6 Tahun Berlakon, Masih Belum Popular

Aktor berbakat Azhan Rani berkata pembabitan selama enam tahun dalam bidang lakonan masih gagal meraih populariti dan perhatian daripada pihak media terhadapnya. Azhan, 36, berkata, atas kesedaran itu dia mengambil pendekatan untuk tidak mengendahkan aspek publisiti sebaliknya hanya melaksanakan tanggungjawab sebagai pelakon sebaik mungkin.

"Saya sedar diri dan di mana kedudukan saya dalam industri lakonan tanah air. Saya bukan kategori aktor popular yang sering mendapat perhatian media.

"Saya sudah terbiasa kurang mendapat perhatian dan publisiti kerana sering dipinggirkan di majlis atau acara hiburan. Maka, lebih baik saya tumpukan pada kerja dan pikat orang ramai dengan lakonan saya," katanya.

Azhan ditemui pada pelancaran dua telefilem lakonannya berjudul Ego dan Meriahnya Raya terbitan Outloud Studios untuk siaran RTM pada Ramadan dan Aidilfitri nanti. Ditanya tidakkah dia melihat publisiti sebagai aspek penting yang membantu perkembangan kerjaya artis, Azhan berkata dia tidak mempunyai cerita-cerita sensasi atau gosip yang boleh menarik perhatian selain daripada kerjanya.

"Saya akui ramai yang kurang kenal pada pemilik nama Azhan Rani termasuklah pihak media tetapi berdasarkan respons umum, ramai yang kenal pada watak-watak lakonan saya sebenarnya.

"Mungkin sebab saya ini hanya ada produk (lakonan) dan tidak ada apa-apa yang sensasi untuk dikongsi, sebab itu publisiti susah hendak dekat," luahnya.

Azhan berkata, walaupun kurang popular ia bagaimanapun tidak menggugat tawaran lakonan yang diterimanya sejak dua hingga tiga tahun kebelakangan ini.

"Isu kurang popular tidak menjadi hal kerana selagi saya ada produk untuk dikongsi dengan khalayak, saya sudah cukup bertuah.

"Lagipun, tawaran kerja yang diterima sejak dua hingga tiga tahun ini stabil dan konsisten," katanya.

Mengenai kerjaya, Azhan sibuk di lokasi penggambaran telefilem Spaghetti Masak Lodeh untuk siaran Aidilfitri di Astro Prima (saluran 105). Aksinya juga boleh ditonton dalam drama bersiri Mana Hilangnya Juwita sejak 9 Julai lalu pada setiap Isnin pukul 10 malam di Astro Ria (saluran 104).

Terjah lagi, artikel yang menarik : Azhan Rani, Hiburan

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Azhan Rani</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Sep 2012 01:36 AM PDT


<b>Azhan Rani</b> - Oh! Tweets

Posted: 04 Apr 2012 11:22 AM PDT

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Azhan Rani</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Sep 2012 03:18 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Azhan Rani</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Jul 2012 12:00 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Azhan Rani</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Jul 2012 01:48 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]<b>Azhan Rani</b> jadi hantu pocong dalam Amukan Pocong. Posted: 03 Mar 2012 09:48 AM PST. Pelakon Azhan Rani menghantui penonton dengan Amukan Pocong yang bakal disiarkan mulai 15 Mac ini di TV3. "Saya kini merindui ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan