Nuffnang

Isnin, 1 Oktober 2012

Vanidah Imran - Google Blog Search

Vanidah Imran - Google Blog Search


Isu Lafaz Cerai: <b>Vanidah Imran</b> Tegaskan Tiada Talak Yang &#39;Jatuh&#39;

Posted: 23 Sep 2012 11:50 PM PDT

. . .

Kecoh seharian dengan berita Mufti Perak Gesa Vanidah Imran Dan Rashidi Ishak Segera Rujuk Pejabat Agama mengenai dialog diantara Vanidah Imran dan Rashidi Ishak didalam filem "Untuk Tiga Hari". Timbul pelbagai spekulasi mengatakan bahawa terdapat dialog lafaz cerai didalam filem "Untuk Tiga Hari" yang diucapkan oleh Rashidi kepada Vanidah.

Dialog yang diungkapkan oleh Rashidi sebagai Zafrin kepada Vanidah sebagai Ujie dalam filem tersebut berbunyi,

Kita kahwin untuk tiga hari, Affin akan pegang pada janji Affin, hari kedua mesti kena bersanding, lepas itu selepas selesai majlis perkahwinan, hari ketiga, kita minta cerai."

Dialog ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan Mufti Perak iaitu Tan Sri Harussani Zakaria menjelaskan,

Ia umpama menjadikan sebuah perkahwinan itu seperti kahwin muta'ah. Justeru saya menasihatkan kedua-dua mereka merujuk kepada jabatan agama Islam dengan segera. Umat Islam tidak harus mempermainkan hukum-hakam meskipun dalam soal lakonan. Jangan menggambarkan seolah-olah pernikahan itu satu permainan. Tidak betul untuk kita menjadikan tindakan-tindakan seumpama itu sebagai budaya meskipun dalam lakonan kerana ia akan menggalakkan perpecahan dalam rumahtangga. – dipetik dari Utusan Online.

Persoalannya, jatuhkah lafaz cerai didalam dialog ini? Menurut laporan mStar Online, Vanidah menjelaskan tidak ada talak yang 'jatuh' didalam filem ini meskipun dia dan suaminya berlakon bersama.

"Saya tidak faham bahagian mana dalam filem itu yang mengatakan Rashidi ada melafazkan cerai terhadap saya? Sebagai pelakon kami sangat berhati-hati dengan perkara sebegini dan tidak akan menerima sebarang watak yang menggambarkan sifat negatif suami isteri." – Vanidah Imran.

Vanidah turut memberitahu bahawa sebagai pelakon dan juga bergelar pasangan selebriti, dia sedar tentang hukum-hakam Islam.

"Saya tidak nampak sebarang sebab mengapa saya dan Rashidi perlu ke pejabat agama untuk merujuk status kami sebagai suami isteri kerana lafaz cerai tidak pernah berlaku."

Vanidah berpendapat bahawa ulasan yang dikeluarkan oleh Mufti Perak hanyalah ulasannya sebagai pihak ketiga tanpa menonton filem tersebut.

"Saya berpendapat beliau tidak menonton filem itu tetapi hanya mendengar ulasan daripada pihak lain. Jika benar telahan saya itu, adalah tidak wajar pihak ketiga mahu mengheret seorang mufti memberi ulasan tanpa beliau melihat sendiri adegan yang saya dan suami lakonkan,"

laporan asal:oh bulan

VN:F [1.9.20_1166]

Rating: 10.0/10 (1 vote cast)

VN:F [1.9.20_1166]

Isu Lafaz Cerai: Vanidah Imran Tegaskan Tiada Talak Yang 'Jatuh', 10.0 out of 10 based on 1 rating

ENTRY BERKAITAN:

  1. Mufti Perak Gesa Vanidah Imran Dan Rashidi Ishak Segera Rujuk Pejabat Agama
  2. Ady Putra Tarik Balik Permohonan Cerai
  3. Farid Kamil Cedera Parah Jatuh Tangga
  4. Tauke Raja Lawak Sah Cerai Kali Ke3, Kahwin Baru 4 Bulan !!
  5. Dasyat : Kena Cerai Sebab Berbeza Fahaman Politik
  6. Aidil Zafuan Batal Tuntutan Cerai Rita Rudiani
  7. Anak Rini AF7 Baru 2 Hari Kritikal Kerana Jatuh Katil
  8. Rita Rudaini Terima SMS Permohonan Cerai Dari Aidil Zafuan
  9. Sharifah Aleya @ Leya Bercerai Talak Satu!
  10. Kisah Hijrah Nurul Syuhada Nurul Ain Yang Kini Bertudung
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan