Nuffnang

Isnin, 1 Oktober 2012

Maya Karin - Google Blog Search

Maya Karin - Google Blog Search


<b>Maya Karin</b> Ke Nepal Pada Oktober | MyNewsHub

Posted: 27 Sep 2012 03:28 AM PDT

Jika dilihat dari segi luaran, pelakon jelita, Maya Karin boleh digambarkan sebagai seorang yang lemah lembut. Tetapi sebenarnya wanita ini berjiwa lasak.

Dia mempunyai kecintaan yang tinggi untuk mengembara ke seluruh dunia.

Tidak kira sama ada pergi secara berseorangan atau kumpulan, Maya Karin tidak pernah takut untuk berhadapan dengan dunia luar.

Pada Oktober depan, dia bakal ke Nepal untuk menemani bapanya mendaki ke Gunung Langtang Lirung sekaligus bakal menyambut hari lahirnya di sana.

Menurut Maya, dia akan ke Kathmandu, Nepal sebelum mendaki gunung tersebut yang mengambil masa 8 hari.

"Empat hari naik dan empat hari turun, jadi masa turun ke kaki gunung itu merupakan hari jadi saya.

"Saya memang tidak sabar untuk menyertai ekpedisi ini dan sangat teruja," katanya yang dipetik melalui Murai.com, di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, Maya kini sudah memasuki tahun kedua menjadi duta produk Innershine.

Maya akui, Innershine banyak membantu memberi perlindungan kepada kulitnya yang sering terdedah kepada pancaran matahari.

"Pengambilan sehari sekali produk Innershine dapat mengekalkan kesihatan kulit. Ia sangat berkesan dan mujarab," kata aktres berusia 32 tahun ini.

Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Jejaka Perancis Cuba 'Mengorat' Maya Karin?

Maya Karin Bakal Duta Muhibah YOKUK

Maya Karin Jadi Duta YOKUK

Maya Karin Sudah Bersedia Untuk Bercinta

Bila Maya Karin Jadi 'Miss Germany'

VIDEO: Mari Dengar Maya Karin Nyanyi Lagu Terbarunya...Bersama Yassin

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan