Nuffnang

Ahad, 9 Disember 2012

Fina af - Google Blog Search

Fina af - Google Blog Search


<b>Fina AF9</b> Akui Muatnaik Gambar Pusat, Tapi Akui BUKAN Pusatnya <b>...</b>

Posted: 23 Oct 2012 04:12 AM PDT

Jarang muncul di dada akhbar bukan bermaksud tiada orang yang ambil kisah dengan kehidupan selebriti ini.

Kata orang, seperti daging yang diperam, makin lama, makin lazat isinya.

Baru-baru ini, Fina AF9 yang popular dengan lagu 'Menangis Lagi' telah menimbulkan kontroversi di dunia Instagram apabila memuatnaik sekeping gambar tindik di bahagian pusat dipercayai adalah dirinya.

Bukan itu sahaja, penyanyi bersuara lantang ini juga dipuji amat berani oleh followers-nya kerana memuatnaik gambar yang memaparkan bahagian abdomen yang ramping itu, sedikit sebanyak memberikan imaginasi nakal kepada mana-mana lelaki yang melihatnya.

Berikutan daripada itu, pihak OHBULAN! menemubual Fina AF9 bagi mengetahui apakah yang sebenarnya dikejar oleh penyanyi berumur awal 19 tahun ini.

Adakah dia sengaja membangkitkan kontroversi, atau terlepas pandang semata-mata?

 "Sebenarnya, gambar itu bukanlah saya. Saya cuma ambil dari internet dan sengaja memilih gambar wanita yang rambutnya hampir serupa dengan saya dan muatnaik untuk suka-suka.

" Tak mungkinlah saya nak tindik pusat, kemudian masukkan ke laman sosial. Kalau ibu saya tahu, dia pasti akan marah. Jadi, tak ada sebab saya mahu lakukan perkara sebegitu."

Selain itu, beberapa keping gambar yang memaparkan Fina memakai gaun ketat dan seksi juga turut dimuatnaik ke laman Instagramnya. Gambar-gambar tersebut telah menimbulkan beberapa spekulasi serta persoalan kepada para peminat.

Ditanya kenapa kini sudah berani berpakaian begitu, pantas Fina menjawab,"Fina berpakaian sebegitu hanya untuk sesi fotoshoot dan kesemua baju tersebut telah ditaja, jadi Fina pun pakailah."

"Pihak penaja cuma mahukan Fina berpakaian sebegitu, tidaklah seksi pun dan Fina dibayar untuk promosikan pakaian mereka," tambahnya lagi.

Tidak cukup disitu, pihak OHBULAN! turut terdengar suara-suara kecil yang mengatakan Fina kini tidak ubah seperti perempuan murahan kerana sanggup berpakaian begitu.

"Saya rasa saya bukanlah seperti apa yang orang kata. Maklumlah, mulut orang, siapa boleh tutup, kan? Jadi, kalau saya pakai macam tu je, saya ni murahlah?

"Orang yang kenal saya, mereka tahu saya macam mana. Ibu saya sendiri tahu saya ini macam mana," jelas Fina menafikan tuduhan tersebut.

Terdapat juga tuduhan melulu dari sumber-sumber yang dipercayai mengatakan Fina kini berparti di kelab malam dan penyanyi ini sekali lagi menafikan tuduhan tersebut.

"Kalau saya pergi kelab malam pun, saya cuma pergi tengok 'live band' dan akan ditemani oleh ibu serta adik beradik saya. Memang tiap-tiap minggu saya pergi, tapi hanya untuk tengok 'live band' bersama keluarga saya."

Mengakhiri perbualan, Fina turut memberitahu,"Kalau benar pun saya mahu bersosial, takkanlah saya nak masukkan ke dalam laman sosial. Saya tahu diri saya berada di mana." (Ohbulan.com)

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Fina af</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Sep 2012 01:37 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Fina af</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Sep 2012 01:20 AM PDT


<b>Fina</b> dan Lena <b>AF9</b> Bergaduh | <b>Fina</b> buat fitnah terhadap Azri <b>...</b>

Posted: 08 Jul 2011 02:53 AM PDT

Selepas keluar gosip Azri dan Lena AF9 bermesra di Hotel Bali, ramai yang menuding jari ke arah Fina yang dikatakan sengaja membuat fitnah terhadap pasangan Azri dan Lena. apa kata Fina bila dikatakan menjadi dalang yang menaburkan fitnah ke atas rakannya sendiri dalam program realiti AF9?
teruskan membaca apa kata Fina sendiri bila dituduh membuat fitnah...

Benarkah hubungan Fina dan Lena renggang selepas gosip ini keluar?
 "Tak dinafikan hubungan saya dan dia bukanlah terlalu rapat, malah semenjak di dalam akademi lagi kami tidak terlalu mesra bersama. Selepas keluar AF, saya langsung tiada menghubungi dia melainkan kami ada fotografi bersama.
"Tapi saya tidak ada masalah untuk bekerja dengannya kerana saya tahu antara kami, perlu ada sikap profesionalisme. Cuma jika dia tidak menegur saya, lebih baik saya buat tak tahu saja.
"Saya agak kecewa bila dalam satu kenyataan Lena dan Azri, mereka berkata ada bersemuka dengan saya untuk bertanya hal ini. Sebenarnya, kedua -dua mereka tidak pernah berbincang dengan saya, tetapi tiba-tiba saya dipersalahkan."


Benarkah Fina yang buat cerita tentang Lena dan Azri di Bali tempoh hari?
"Sewaktu kejadian itu, bukan saya seorang sahaja yang nampak, malah ada juga beberapa pihak produksi yang nampak. Saya tidak ada bercerita pada sesiapa, kerana untuk apa saya bercerita, ia tiada kaitan dengan diri saya.
"Daripada saya cerita mengenai diri mereka, lebih baik saya cerita tentang diri saya pada semua orang. Saya tak tahu bagaimana nak cakap, dan saya terkilan dengan perkara ini, mengapa saya tiba-tiba dipersalahkan sedangkan perkara itu bukannya datang daripada saya sendiri."
Fina juga dikatakan berlagak Diva  
dalam satu fotografi bersama sebuah akhbar sewaktu di dalam AF?
, , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan