Nuffnang

Ahad, 9 Disember 2012

Zizan Razak - Google Blog Search

Zizan Razak - Google Blog Search


Gambar <b>Zizan Razak</b> di Party EH! Yang Anggun 2012 | Sensasi <b>...</b>

Posted: 06 Dec 2012 04:05 AM PST

Budiey masih belum puas untuk siarkan gambar-gambar yang diambil di Party EH! Yang Anggun 2012. Walaupun dah dua tiga minggu berlalu, tapi suasana party pada malam tu ada 1001 kisah.

Antara selebriti lelaki yang hadir di malam itu tentunya, pelakon dan pelawak terkenal Zizan Razak atau nama sebenarnya, Zizan Abdul Razak, berusia 28 tahun yang disenaraikan antara 10 lelaki yang disenangi sepanjang tahun 2012.

Beberapa hari lalu, Zizan Razak menegaskan dia tidak pernah mengabaikan peminat-peminatnya meskipun tiada sebarang majlis keraian dianjurkan buat mereka yang sentiasa menyokongnya.

Zizan sudah beberapa kali dia merancang untuk berbuat demikian seperti artis-artis lain yang menghargai peminat-peminat mereka, namun masalah kekangan masa membuatkan perancangan itu tidak menjadi.

"Bukannya tak terfikir, tetapi setiap kali merancang nak buat majlis untuk peminat-peminat mesti tak jadi kerana sibuk dengan kerja.

"Walaupun saya bukan seperti artis-artis lain yang sentiasa meraikan peminat, tetapi mereka tetap di hati dan sedikit pun tidak pernah mengabaikan mereka yang begitu setia dengan saya.

"Bagaimanapun sebagai pulangannya, saya akan memastikan persembahan yang diberikan adalah yang terbaik dan itu adalah antara cara saya membuatkan para peminat gembira dan berpuas hati."

Tidak mengapa, mungkin satu masa nanti, Zizan akan buat gathering bersama peminatnya. Maklumlah Zizan sekarang kan sibuk, faham-faham je la ya. Apa-apa pun, cuba tengoklah gambar-gambar Zizan Razak kat bawah ni, macam-macam gaya diperagakan oleh Zizan. Gaya hip hop ada, gaya lawak pun ada.

Sempoi, kasual dan ala penyanyi hip hop. Berkemeja hitam, seluar hitam dan bertopi merah. Merah dan hitam memang warna yang sesuai dengan Zizan untuk dipakai pada waktu malam. Ye dak?

ZIzan Razak di Party EH 2012

ZIzan Razak di Party EH 2012

ZIzan Razak di Party EH 2012

ZIzan Razak di Party EH 2012

ZIzan Razak di Party EH 2012

ZIzan Razak di Party EH 2012

ZIzan Razak di Party EH 2012

ZIzan Razak di Party EH 2012

ZIzan Razak di Party EH 2012

Komen via Facebook

Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan