Nuffnang

Ahad, 9 Disember 2012

kumpulan hujan - Google Blog Search

kumpulan hujan - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>kumpulan hujan</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Oct 2012 01:27 AM PDT


Pandalela Sanggup Redah <b>Hujan</b> Kerana BigBang | MyNewsHub

Posted: 30 Oct 2012 04:04 AM PDT

Penerjun negara, Pandalela Rinong sanggup meredah hujan semata-mata mahu menyaksikan kumpulan idolanya membuat persembahan di Stadium Merdeka, Sabtu lalu.

Kedatangan Bigbang ke Malaysia adalah bagi menyempurnakan siri jelajah BigBang Alive Galaxy Tour Live in Malaysia 2012.

Pandalela yang tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini, tidak kisah untuk berasak-asak dengan orang ramai bagi melihat kumpulan muzik dari Korea itu.

Dia hadir bersama adik dan beberapa rakan atlit lain bersama-sama berteriak memanggil nama idola kegemarannya itu.

Katanya, yang dipetik melalu Malaysiandigest.com, dia tidak kira, demi Bigbang dia sanggup berbasah.

"Saya datang waktu tu memang dah hujan. Pihak penganjur memang ada sediakan baju hujan tapi disebabkan lebat sangat, tetap basah juga.

"Janji saya dah ada di situ (stadium) dan memang tak sabar nak tunggu mereka keluar dan mulakan persembahan," katanya dengan nada teruja.

Gadis yang pernah mencipta sejarah meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik di London 2012 itu memang menggemari ramai pemuzik dari Korea.

Dia sebelum ini pernah menyaksikan persembahan tiga daripada ahli kumpulan tersebut iaitu Top, GD, dan Seungri ketika di konsert Korean Music Wave yang yang berlangsung juga di stadium yang sama, tahun lalu.

Tambahnya, dia hafal semua lagu Bigbang.

"Saya berharap Bigbang akan datang lagi pada tahun depan," ujarnya yang sudah mengikuti perkembangan kumpulan itu sejak tahun 2007 lagi.

Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan