Nuffnang

Isnin, 18 Mac 2013

Didie Alias - Google Blog Search

Didie Alias - Google Blog Search


Pelakon <b>Didie Alias</b> Nak Jadi Penyanyi Pula! | MyNewsHub

Posted: 20 Jan 2013 09:59 PM PST


KUALA LUMPUR – Dalam diam-diam, pelakon Didie Alias ketika ini dalam proses untuk menjadi penyanyi pula selepas sudah lama berkecimpung dalam dunia lakonan dan pengacaraan.

Didie memberitahu dia bakal mengeluarkan singlenya tidak lama lagi.

Artis yang sering dikatakan mangsa fesyen itu juga memberitahu bakal mengadakan sidang media pada bulan Februari nanti.

Kata Didie, dia mahu melebarkan kerjaya seninya selain menerima banyak permintaan ketika menguruskan sesuatu acara.

"Insya-Allah, saya akan jadi penyanyi tahun ini. Mungkin saya akan buat sidang media mengenai pelancaran single pertama saya pada Februari depan.

"Tidak salah saya mencuba dan saya menyanyi pun disebabkan atas permintaan dalam show," kata Didie yang dipetik dari portal Murai.com.

Selain itu, keinginan Didie untuk menjadi penyanyi adalah ingin mencipta 'sejarah' artis komedi pertama yang menjadi penyanyi.

Pun begitu, Didie menegaskan dia tidak kisah dengan pandangan dan persepsi orang ramai terhadap dirinya.

"Kalau mengikut sejarah artis komedi wanita di Malaysia, masih belum ada lagi mana-mana artis komedi wanita yang buat single. Saya tidak kisah apa orang nak cakap dengan perancangan saya ini," katanya.

Tambah Didie lagi, single itu adalah ciptaannya sendiri mengikut cita rasa yang dirasakan sesuai untuk para pendengar.

"Untuk lagu tersebut, saya buat sendiri liriknya manakala muzik pula adalah hasil idea dan selera saya." Terang Didie.

Hingga kini, Didie masih lagi merahsiakan artis baru yang bakal berganding dengannya dalam singlenya itu.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan