Nuffnang

Isnin, 18 Mac 2013

kumpulan Estranged - Google Blog Search

kumpulan Estranged - Google Blog Search


<b>Estranged</b> Sertai Versus Untuk Serlah Kreativiti - Gua.com.my

Posted: 12 Mar 2013 08:14 PM PDT

Versus musim kedua bakal menghangatkan industri hiburan tanahair bermula April ini. Estranged merupakan salah satu kumpulan yang akan menunjukkan kreativiti mereka. Sebelum ini Estranged pernah menyertai satu lagi program realiti nyanyian di sebuah saluran televisyen yang lain namun mereka tewas di tangan artis solo.

" TV9 yang tawarkan kami peluang untuk sertai Versus musim kedua ini. Mula-mula saya ragu. Patut atau tidak kami turut sama bertanding sebab sebelum ini pun kami dah sertai Mania. Saya skeptikal sedikit pada awalnya. Tetapi ahli kumpulan lain memang  teruja hendak sertai dan akhirnya mereka berjaya yakinkan saya peluang ini cukup berharga," ujar Rich, vokalis Estranged.

"Saya ada buat 'research' tentang program ini.  Ketika Versus musim pertama ditayangkan, saya tak sempat nak tengok sangat sebab kami terlibat dengan program yang lagi satu itu (Mania). Apa yang saya boleh katakan, Versus ini lain daripada lain. Kita tak perlu risau tentang penyingkiran. Apa yang perlu kita buat adalah fikir untuk lakukan persembahan yang terbaik . Tambahan pula, konsepnya lebih dekat dengan jiwa kami," jelas Rich lagi.

Konsep persembahan mingguan yang menggunakan tema berbeza pastinya memberi cabaran kepada Estranged untuk tampil dengan persembahan unik serta hebat. Namun begitu, pengalaman Rich sepanjang menyertai Akademi Fantasia 4 suatu ketika dahulu sedikit sebanyak membantu dia untuk memahami kehendak dan konsep pelbagai jenis genre lagu.

Menurut Rich lagi, antara faktor utama yang mendorong mereka menerima tawaran menyertai Versus adalah peluang yang diberi rancangan itu untuk mereka menyerlahkan kreativiti mereka dalam gubahan lagu dan seni persembahan. Jelasnya lagi, menang atau kalah itu bukanlah persoalan utama. Apa yang penting, persembahan yang mereka lakukan berjaya memberi impak di hati penonton.

ketika sidang media Versus pada Selasa, Estranged turut menyanyikan single terbaru mereka berjudul 'Kita Satu'. Menariknya, lagu itu dicipta khas tanda dedikasi mereka terhadap perajurit yang terkorban di Lahad Datu baru-baru ini.

Estranged bakal tampil dengan album terbaru berjudul 'Anugerah Hidup'. Album yang memuatkan 10 buah lagu itu sudah pun dirakam dan menunggu masa sesuai untuk dilancarkan. Yang pasti, kesempatan menyertai Versus merupakan satu bonus buat kumpulan ini untuk membuat kemunculan semula setelah agak lama sepi dari lanskap dunia hiburan tempatan.

Kristal, <b>Estranged</b> Hangatkan Versus Musim Kedua - Gua.com.my

Posted: 12 Mar 2013 03:09 AM PDT

Rancangan realiti hangat TV9, Versus kembali untuk musim kedua. Menampilkan lima buah band tempatan yang sememangnya berbakat besar, kreativiti pemuzik-pemuzik ini bakal diuji sekali lagi dalam rancangan yang menawarkan hadiah wang tunai RM 200,000.

Estranged, Oh Chentaku, Manifesto, Kyoto Protocol dan Kristal merupakan band yang bakal menggegarkan pentas Versus bermula 5 April ini. Membawa konsep yang sama seperti musim lalu, setiap band bakal mempersembah lagu mengikut tema yang ditetapkan pihak produksi dengan gubahan muzik tersendiri. Jennifer Thompson dan Loque kekal selaku juri tetap.

Masih lagi dihoskan Aidid Marcello dan Hunny Madu, Versus bakal bersiaran secara langsung dari Space U8 Shah Alam. Pastinya, suasana di kompleks membeli-belah mesra alam itu bakal menjadi meriah dengan persembahan bertenaga daripada kumpulan terlibat.

Sidang media memperkenalkan barisan kumpulan muzik terlibat telah diadakan bertempat di The Stage, Avenue K sebentar tadi. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima, Ahmad Izham Omar. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio, Seelan Paul dan Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9, Sherina Nordin.

Versus mencipta fenomena tersendiri pada musim pertama dengan capaian lebih satu juta penonton. Kumpulan Hujan berjaya membawa pulang kejuaraan edisi sulung rancangan ini. Lebih manis lagi, Versus juga berjaya menggondol anugerah 'Fresh TV Series Award' di Shout Awards 2012.

Menghangatkan lagi Versus musim kedua adalah Suraya HOTfm yang akan tampil dalam Versus Backstage pada setiap Rabu dan Khamis jam 8.30 malam. Episod pengenalan Versus musim kedua bakal bersiaran pada 5 April 2013 jam 9.30 malam di TV9. Battle pertama Versus akan disiarkan secara langsung dari Space U8 bermula 12 April 2013.

Pemain Dram <b>kumpulan Estranged</b> diugut bunuh | Jom Berita.Com

Posted: 17 Jun 2012 10:04 PM PDT

Pemain dram kumpulan Estranged yang popular dengan lagu Aurora iaitu Andy atau nama sebenarnya Azwin Andy Malik, 28, telah diikat oleh perompak dan diugut bunuh sekiranya dia atau keluarganya cuba melawan. Kejadian berlaku pada Ahad lalu, jam 3.45 pagi semasa Andy baru sahaja pulang ke rumahnya di Kota Damansara.

"Mereka muncul dengan membawa wayar, batang besi dan kayu. Malang sekali abang saya (Azlan Rudy) dipukul teruk sehingga meninggalkan kesan lebam pada badannya ketika cuba melawan. Saya beritahu mereka untuk ambil apa sahaja barang yang diinginkan dan jangan mencederakan kami sekeluarga."

Ketika Andy sampai di rumahnya, dia sedar pintu utama rumahnya tidak ditutup. Disangkakan neneknya datang ke rumah, dia terus ke tingkat atas.

"Pada mulanya, saya sangka nenek saya datang ke rumah dan berborak bersama ahli keluarga yang lain apabila mendengar bunyi orang sedang bercakap. Ketika mahu naik ke tangga, terdapat dua lelaki memakai baju hitam turun dan masa itu saya tidak dapat berbuat apa-apa. Habis semua barang-barang berharga diambil. Mereka juga bertanya sama ada kami menyimpan peti besi atau tidak? Mujurlah perompak tersebut memenuhi permintaan saya supaya memulangkan kad pengenalan dan kad kredit."

Antara barang-barang yang dirompak ialah sebuah komputer riba, iPad, sejumlah wang tunai, barangan kemas serta beberapa barang lain. Sejurus selepas kejadian tersebut, mereka sekeluarga membuat laporan polis. Takziah kepada keluarga Andy. Alhamdulillah tiada nyawa terkorban walaupun abang Andy teruk dipukul.

p/s <Trend perompak sekarang cari artis>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan