Nuffnang

Isnin, 18 Mac 2013

Saiful Apek - Google Blog Search

Saiful Apek - Google Blog Search


Double - Y: [VIDEO] : @<b>saifulapek</b> Buat @datosahol Pecah Perut <b>...</b>

Posted: 21 Feb 2013 08:26 AM PST


Tak senang duduk Skuad JDAB2013 gara-gara Saiful Apek punya pasal!

Gelak tak sudah-sudah...

Tengok muka pun dah gelak, asal gelak saja mesti time muka apek ade...

Hahaha...

Alhamdulillah...

Untuk kali kedua saya berkesempatan bersama-sama Skuad JDAB2013 menjelajah tiga lokasi utama di negeri Kelantan iaitu Bachok, Jeli dan Tanah Merah setelah berjaya membantu hampir 2,000 pelajar lepasan SPM ketika JDAB2012 yang lalu.


Misi membantu anak-anak Kelantan oleh JDAB2013 bermula seawal jam 8.00 pagi, sebaik dilepaskan oleh Naib Canselor UiTM sendiri iaitu Datuk Seri Prof. Ir. Dr. Sahol Abdul Hamid, skuad JDAB menuju ke Pasar Jelawat, Bachok di mana seramai 32 orang pelajar telah berjaya menempatkan diri mereka di UiTM.

Masyarakat di sekitar Pasar Jelawat, Bachok menyambut baik ketibaan Skuad JDAB2013 yang turut disertai oleh barisan artis popular seperti Saiful Apek, Adira AF, Danny dan Syed Aiman.

Bertempat di Kedai Kopi Poo seramai 22 orang pelajar lepasan SPM manakala 10 daripada mereka terdiri daripada pelajar yang gagal melanjutkan pengajian di peringkat ijazah memperolehi peluang kedua membuktikan kebolehan mereka di UiTM.


Berbeza dengan JDAB2012, kali ini pihak UiTM turut membawa dua buah bas khas yang diubah suai menjadi klinik bergerak Optometri serta Klinik Pergigian yang turut menyerdiakan khidmat pemeriksaan mata dan gigi secara percuma.

Kemuncak jelajah JDAB2013 di Kelantan turut dimeriahkan dengan sambutan 5,000 pelajar UiTM yang berkumpul di Sek.Men. Belimbing, Tanah Merah.

Usaha murni UiTM ini makin diterima baik oleh masyarakat Kelantan berbanding dengan tahun lalu, di mana terdapat penyokong parti politik tertentu bertindak mengherdik para sukarelawan JDAB hanya kerana gambar PM DS Najib Tun Razak tertera di dinding bas.

Lagi cerita & koleksi foto-foto sepanjang Jelajah Destini Anak Bangsa [KLIK]

KesSahNya: <b>Saiful Apek</b>, Uji Rashid Masih Dapat Perhatian

Posted: 08 Jan 2013 07:12 PM PST

berita | Tempatan

Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 9 JAN 2013: Siapa kata kisah artis lama tidak mendapat perhatian peminat tempatan? Apa yang penting, isu yang membabitkan penyanyi Uji Rashid sebelum menjelang Anugerah Juara Lagu 27 (AJL 27) baru-baru ini telah menyuntik peminat muda untuk memberikan komen terhadap kisah yang menimpa ibu kepada pelakon Cico Harahap.

Lebih menarik lagi, kisah tersebut juga mendapat perhatian pelawak terkenal, Saiful Apek sehingga berjaya menempatkan cerita ini berada dalam Carta KesSahNya. Bagaimanpun, cerita yang memberitahu Schawal (Scha dan Awal) hadir ke majlis resepsi Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey turut mendapat perhatian lebih sepanjang minggu lalu.

Begitu juga dengan cerita yang melibatkan Dato Siti Nurhaliza dan suaminya, Dato' Khalid Mohd Jiwa. Apa sekalipun, cerita siapakah yang berjaya menjadi juara Carta KesSahnya?

Di samping itu, segmen Seleb VS GengMurai telah memilih anak Amy Search, Nabila Huda sebagai selebriti pada minggu ini. Apakah kenyataan menarik dari Nabila Huda serta komen pedas peminat terhadap kenyataan yang telah dibuat Nabila.

Ketahui segala jawapa ini dengan menonton KesSahNya di murai.com.my. Jangan lupa sertai program ini dengan menghantarkan pandangan anda ke tanyaajieb@gmail.com.

<b>Saiful Apek</b> Simpati Nasib Yang Menimpa Uji Rashid | Jom Berita.Com

Posted: 06 Jan 2013 07:39 AM PST

Selepas beberapa artikel mengenai kontroversi melibatkan pengganti Yunalis Zarai di pentas Anugerah Juara Lagu ke 27 pada Ahad ini dinaikkan di portal murai.com.my, nampaknya berbagai komen diterima.

Dalam pada Murai Batu duk membaca komen-komen tersebut, tiba-tiba seorang 'informer' memberitahu ada juga golongan artis yang tidak bersetuju dengan tindakan penganjur yang menggantikan tempat Uji Rashid (yang sepatutnya menyanyikan lagu Terukir Di Bintang)dengan penyanyi Aizat di saat-saat akhir.

Kata 'informer' tersebut, orang yang dimaksudkan ialah pelakon dan pelawak terkenal Saiful Apek dan perkara itu diluahkan di laman sosial Facebooknya – Saiful Apek Official Fan Page. Tanpa berlengah lagi Murai Batu terus menjengah ke Facebook yang diperkatakan oleh 'informer' tadi.

Ternyata apa yang disampaikan adalah benar dan ini antara yang diluahkan di laman Facebook tersebut: "baru b'sama luahan & tangisan biduanita t'knl Uji Rashid, yg tlh ditawarkn sndiri oleh Yuna & kluarga, utk menyanyikan lagunya smpena AJL tdk lma lg. nmun bliau adlh org t'akhir, diumumkn oleh phk p'anjur, bhwa khidmat bliau sdh tdk dprlukn lg ats p'setujuan smua phk. stlh bliau sndiri b'gadai nyawa klr dr wad hsptl ktika dlm keadaan yg blm btul2 sht, hnya utk m'hadiri smua sessi p'sdiaan yg d'ptggjwbkn pdnya.."

Dalam ayat yang sama turut terdapat tanda tanya yang berbunyi begini: "P'soalannya : bginikah etika & adab kita sbg manusia b'ilmu & b'jariah, dlm m'bri p'hormatan & p'hargaan pd mreka2 yg msh lg b'nyawa, prnah b'jasa m'bri sumbangan pd industri & juga pd ekonomi negara, yg sbnarnya tiada nilai dgn wang ringgit?! ALLAHUAKBAR."

Murai Batu cuba mendapatkan Saiful Apek mengenai kenyataan yang dikeluarkan, tetapi panggilan tidak berjawab. Mungkin sedang menjalani penggambaran atau tidak berada berdekatan telefonnya, Murai Batu pun tak pasti.

Bagaimanapun, Murai Batu harap kenyataan Apek itu tidak disalah erti oleh mana-mana pihak buat masa ini kerana ia dikeluarkan di Fanpage beliau, risau juga kalau kenyataan tersebut bukan datangnya daripada pelawak itu sendirikan?. – Murai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan