Nuffnang

Ahad, 17 Mac 2013

Faizal Hussein - Google Blog Search

Faizal Hussein - Google Blog Search


<b>Faizal Hussein</b> Mahu Kepercayaan Penonton - Gua.com.my

Posted: 04 Mar 2013 12:43 AM PST

"Ini merupakan watak paling sukar sepanjang kerjaya saya," kata pelakon Faizal Hussein yang meraih trofi Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 25 (FFM25)  menerusi filem 'Bunohan' pada Sabtu lalu.

Membawa watak pembunuh upahan bernama Ilham, Faizal terpaksa berlakon di lubuk buaya, berjemur di bawah terik mentari dan rambutnya dipotong sendiri oleh pengarah Dain Iskandar Said bagi menjayakan filem ini.

"Segala susah payah ketika melakonkan watak Ilham berbaloi dengan penghargaan yang saya terima pada malam ini (Sabtu). Saya bersyukur kerana terlibat dengan projek 'Bunohan'," ujar Faizal.

Ketika berucap di pentas, pelakon lelaki ini sempat berseloroh bahawa dia bersyukur apabila pelakon Eman Manan tidak tercalon untuk FFM kali ini. Ini kerana sebelum ini dia pernah ditewaskan oleh Eman Manan untuk kategori yang sama pada tahun 1993. Ketika itu dia tercalon menerusi filem 'Kanta Serigala'.

"Saya tewas kepada Eman Manan pada tahun tersebut. Sejak daripada itu, saya tidak lagi bertanding untuk FFM sehinggalah tahun ini," ujar Faizal yang turut berkongsi bahawa Eman Manan merupakan pesaing terdekatnya dan dia sentiasa mengagumi pelakon itu.

Bakal tampil dengan filem 'Longkai' terbitan Metrowealth Sdn. Bhd (MIG), menurut Faizal dia ingin membawakan watak-watak yang sukar.

"Sejak dari tahun 2000, saya hanya memegang watak-watak antagonis. Selepas 'Bunohan', saya berharap  dapat membawa watak yang susah seperti watak Ilham ini," ujar Faizal lagi.

Anak kepada seniman Allahyarham Hussein Abu Hassan ini turut berkongsi bahawa dia dan rakan-rakan seperjuangan yang 'sezaman' dengannya ingin meraih semula kepercayaan penonton bahawa mereka masih mampu memegang watak-watak utama dalam filem dan drama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan