Nuffnang

Ahad, 17 Mac 2013

Lisdawati - Google Blog Search

Lisdawati - Google Blog Search


<b>Lisdawati</b> bersama Fauzi Nawawi (4 Gambar)

Posted: 26 Feb 2013 06:30 PM PST


Lame kan tak dengar berita pasangan berdua ni. Hamboi sejak menang kes saman tu, sonyap komain! Walau ape pun, gambar-gambar terbaru yang mereka share di Instagram kelihatan cweeet gittew.

Rita Rudaini & <b>Lisdawati</b> Kini Berbaik Semula Selepas 7 Tahun |

Posted: 15 Jan 2013 07:11 PM PST


Adakah anda masih ingat dengan tragedi yang pernah menggemparkan dunia seni tanah air pada tahun 2006? Ketika itu telah berlaku insiden tampar menampar dan tarik rambut di dalam kolam renang di antara Rita Rudaini dan Lisdawati.

lisda dan rita

7 tahun telah berlalu, kini Lisdawati dan Rita Rudaini bersetuju untuk berdamai semula. Ini kerana mereka berdua ditawarkan untuk berlakon di dalam drama bersiri Kerana Sarah. Kata Lisdawati:-

Tahun 2013 ini, saya berazam untuk melalui suasana harmoni dan sekiranya terdapat persengketaan dengan sesiapa sekalipun, orang kata, buang yang keruh, ambil yang jernih. Begitu juga dengan dia (Rita), apa yang berlaku itu biarlah berlalu dan saya hormat dia sebagai pelakon yang lebih 'senior' daripada saya. Diharap, tiada sesiapa yang akan mengungkit perkara lama itu.

rita baru

Rita Rudaini pula mengakui yang hubungannya dengan Lisdawati adalah bersifat profesional. Yang penting mereka berdua bertegur sapa. Cuma tidak berborak panjang sahaja. Kata Rita:-

Saya tidak mempunyai masalah dengan dia (Lisdawati). Perhubungan kami lebih pada profesional dalam bidang kerja kami. Kami bertegur sapa, tetapi tak banyak berbual pun di lokasi. Cuma dengan apa yang telah berlaku, saya mengambil pendekatan untuk lebih berhati-hati. Dalam masa yang sama saya tidak mahu Fauzi ada dalam apa juga penggambaran yang saya lakukan atas sebab yang tidak dapat saya kongsi kepada umum.

Agak pelik juga permintaan terakhir Rita Rudaini itu. Pastinya Rita ada sebab yang tersendiri tidak mahu terjumpa Fauzi Nawawi yang merupakan suami Lisdawati. Apa-apa pun Abang Nara gembira dengan berita ini. Semoga hubungan silaturahim ini akan berkekalan dan tidak akan putus lagi. Info asal Mstar Online.

Baca Yang Ini Pulak:-


Rita Rudaini: Saya Tiada Masalah Dengan <b>Lisdawati</b>

Posted: 18 Jan 2013 04:00 AM PST

berita | Tempatan

Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 18 JAN 2013: Boleh diklasifikasikan sebagai ratu di dalam drama televisyen tempatan, Rita Rudaini tidak pernah sepi beraksi di kaca TV dan tampil dalam drama yang sering menjadi ikutan penonton.

Namun, kontroversi mengenai perselisihan faham yang tercetus di antara Rita Rudaini dengan Lisdawati suatu ketika dahulu sedikit-sebanyak telah mencalarkan imej dirinya. Kes itu telah diheret hingga ke mahkamah dan telah pun selesai serta ditutup. Bagaimanapun mereka tidak lagi dilihat berlakon bersama selepas itu.

Bagaimanapun, baru-baru ini takdir telah menemukan mereka semula menerusi drama Kerana Sara dan perkara itu telah pun diakui Rita.

"Memang selepas kes itu ditutup saya dan Lisdawati tidak ada berlakon bersama. Masalahnya, saya pun tidak pernah mendapat tawaran daripada mana-mana pihak untuk digandingkan dengannya.

"Sekarang ada produksi yang membuat tawaran. Saya tidak punya apa-apa masalah peribadi dengan Lisdawati, jadi kami bersikap profesional dan berlakon seperti biasa.Kalau orang nak cakap saya dan Lisdawati tak mahu berlakon bersama, itu tidak benar.

"Kini terbukti saya dan dia tiada masalah untuk berlakon bersama. Mungkin sebelum ini, belum ada pihak yang mahu menggandingkan kami bersama,"jawabnya mengenai gandingannya bersama Lisdawati untuk slot drama Azalea, Kerana Sara.

Dalam pada itu, ada juga yang mendakwa mereka dilihat seperti tidak sebulu ketika berada di set penggambaran. Namun begitu, menurut Rita itu mungkin sekadar andaian orang saja, namun secara peribadi dia tidak pernah merasakan perkara tersebut berlaku.

"Kalaulah kami ada masalah, kenapa daripada awal saya menerima tawaran ini. Walhal saya tahu Lisdawati ada bersama. Di set, seperti biasa masing-masing ada hal dan perkara yang mereka perlu lakukan sendiri. Saya pun kadangkala akan bersendiri jika perlu. Macam saya cakap tadi, perkara atau kes itu sudah ditutup dan sudah pun lama berlalu.

"Saya cuma tidak selesa jika suami Lisdawati berada di set, itu sahaja," jelas Rita walaupun dia tidak mahu berkongsi dengan portal murai mengenai alasannya tidak mahu Fauzi Nawawi berada di set penggambaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan